December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PUTRAJAYA 3 Nov.- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima memorandum daripada 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi melahirkan sokongan terhadap pembentangan Bajet 2018.

Perdana Menteri menerima memorandum tersebut yang diserahkan oleh wakil NGO berkenaan, Zambri Mohd. Isa di Bangunan Perdana Putra di sini.

Menurut Zambri merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), pihaknya menyifatkan Bajet 2018 itu sangat dekat dengan rakyat terutamanya bagi membantu orang Islam dan Melayu.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana banyak bantu orang Melayu dan Islam.

“Kita berharap orang Melayu dan Islam terus beri sokongan kepada Perdana Menteri dalam membangunkan syiar Islam di negara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons