December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S. Ambiga perlu berani bertanggungjawab terhadap tindakannya memberikan data dan maklumat mengaitkan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ambiga tidak boleh bersikap seperti ‘baling batu sembunyi tangan’ dalam perkara berkenaan dengan cuba mengelakkan diri daripada ditemui pihak media.

“Dari dahulu kita telah mengetahui sikap Ambiga iaitu berani bila ada di belakang, tak berani bila ada di hadapan. Beliau mengelakkan diri ditemui wartawan… tidak ada keberanian.

“Kalau ada keberanian dengan bukti diberikan kepada Sarawak Report ini, mesti berani…beliau tidak harus bersembunyi untuk menyatakan perkara itu. Beliau harus berani bertanggungjawab dengan semua data dan maklumat diberikan itu,” kata DS Dr Ahmad Zahid



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons