December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Beberapa hari lepas, ADUN Seri Delima, RSN Rayer mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar menyaman Kerajaan Pusat kerana kononnya tidak menyerahkan semua peruntukan bernilai RM150 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Kata RSN Rayer, kalau peruntukan itu tidak disalurkan dengan segera, tindakan guaman perlu dilakukan terhadap Kerajaan Persekutuan supaya peruntukan tersebut dapat disalurkan segera bagi mengatasi masalah banjir di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Persekutuan telah pun menyalurkan sejumlah RM35.59 juta di bawah peruntukan semasa Rancangan Malaysia Kesebelah bagi projek-projek tebatan banjir di negeri itu. Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi projek RTB Sungai Pinang yang disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan projek yang telah dijalankan, bermula dari tahun ini sehingga 2022.

Chow Kon Yeow mengesahkan, RM500,000 daripada siling projek telah disalurkan kepada JPS pada tahun ini bagi melaksanakan kerja-kerja awalan. Jumlah peruntukan itu telah pun diterima pada tahun ini. (RUJUK SINI)

September lalu, Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow diselar kerana ‘tidak tahu’ tentang peruntukan Kerajaan Pusat serta pembangunan beberapa RTB menerusi peruntukan bernilai RM2 bilion apabila berkata, mereka tidak tahu tentang projek-projek RTB tersebut.

Kerajaan Pusat menerusi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengesahkan 10 projek RTB di Bertam, Kepala Batas, Bandar Pulau Pinang, Sungai Junjung dan Sungai Perai di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 bernilai RM1.49 bilion. (RUJUK SINI)

Tanpa RTB-RTB yang dibangunkan oleh Kerajaan Pusat itu, banjir di Pulau Pinang, jauh lebih teruk. Bagaimanapun, pembangunan hartanah yang mementingkan keuntungan termasuklah penggondolan puncak bukit serta kerja-kerja meratakan lereng bukit, selain penambakan laut tanpa mempedulikan saliran dan perparitan, merupakan faktor utama banjir besar yang kerap berlaku di Pulau Pinang sepanjang 8 tahun pentadbiran DAP-Lim Guan Eng.

Hari ini, Pulau Pinang dilaporkan sedang diancam banjir besar selepas hujan tidak berhenti-henti dari pagi tadi. Selepas bercakap besar tentang prestasi kewangan negeri yang sangat baik, Pulau Pinang ternyata tidak mampu berbuat apa-apa untuk rakyatnya sehingga perlu berkira-kira untuk menyaman Kerajaan Persekutuan hanya kerana peruntukan RTB yang diberikan berperingkat-peringkat sehingga tahun 2022 itu.

Maka tidak hairanlah mengapa PAS mendesak SPRM agar melakukan siasatan berhubung pembangunan lereng bukit dan puncak bukit yang dijalankan secara berleluasa oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons