January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DAKWAAN bahawa pihak Umno Kedah ‘bedal’ tiket bola Perlawanan Akhir JDT vs Kedah terbukti benar walaupun perkara itu telah dinafikan oleh mereka.

Beberapa keping gambar longgokan sampul surat dipercayai berisi tiket-tiket bola tersebut dengan gambar Ahli Parlimen Umno Baling, Kedah Dato’ Paduka Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim tersebar di laman sosial.

Jelas tertera di atas setiap sampul surat dalam longgokan  tersebut,

Tiket Perlawanan Akhir Kedah vs JDT 4 November 2017 | Stadium Shah Alam“.

Para peminat Pasukan Bola Sepak Kedah sebelum ini dilaporkan terpaksa tidur di stadium sehari lebih awal hanya untuk mendapatkan tiket menonton perlawanan bola sepak tersebut, namun ramai yang hampa apabila tiket berkenaan dimaklumkan sudah habis.

Perkara itu telah menarik perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seterusnya beliau mengambil inisiatif menghubungi FMLLP untuk mencetak tambahan 1,000 lagi tiket untuk para peminat bola sepak Kedah yang kecewa.

Naib Presiden PPBM, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir pula sebelum ini mendakwa, beliau menerima maklumat bahawa Pemuda Umno Kedah telah ‘bedal’ tiket bola Perlawanan Akhir Kedah menentang JDT, kerana bimbang MB Kedah kena “boo” dengan penyokong Kedah.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons