December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Maknanya kalau yang turun demo Bersih5 nanti cukup ramai, tak berapa orang sangat yang berpeluang rasa senjata baru FRU tu, tak macam air kimia dan gas pemedih mata, hampir semua kaki demo boleh rasa sorang sikit.

Malaysiakini dalam berita bertajuk “FRU dilengkapi senjata tidak bahaya” melaporkan:

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan dilengkapi dengan senjata tidak mencederakan (non lethal weapon) ketika berhadapan dengan rusuhan dan perhimpunan ha­ram termasuk pada perhimpunan Bersih 5.0 yang dijadualkan pada 19 November ini.

Menurut Komander FRU, Senior Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak non lethal weapon yang terdiri daripada variable kinetic system, tactical marking pistol dan flash launcher merupakan nilai tambah kelengkapan logistik sedia ada. – Utusan.

Juga dilaporkan:

Beliau berkata, penggunaanya senjata itu bukan sahaja tidak membahayakan keselamatan perusuh dan orang awam malah lebih praktikal berbanding penggunaan pemancut air dan gas pemedih mata yang biasa digunakan selama ini.

“Non lethal weapon ini lebih praktikal kerana mudah untuk ditujukan kepada sasaran seperti perusuh yang agresif berbading kaedah lama seperti gas pemedih mata yang boleh membahayakan golongan wanita dan kanak-kanak.

“senjata ini juga tidak boleh digunakan sesuka hati kerana sasarannya adalah di bahagian bawah badan dan kaki dengan tujuan untuk menyuraikan rusuhan tanpa mencede­rakan perusuh,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Kursus Pengendalian Senjata Non Lethal Weapon (Pepper Ball) di Pusat Latihan Pasukan Polis Marin (Pulamar), Tampoi di sini hari ini. – Ibid.

Rugilah sapa-sapa kaki demo yang dah berniat untuk ponteng demonstrasi Bersih5 yang akan diadakan pada 16 November depan tu.

Bagi yang dah pernah mandi air gas sampai gatal-gatal badan dan juga yang pernah kena gas pemedih mata sampai merah biji mata dan sesak nafas macam nak mati, mungkin pengalaman kena senjata canggih terbaru SPR ni lebih hebat lagi.

Bukan senang nak dapat pengalaman yang ‘rare’ macam tu, tambah-tambah bagi yang rasa dia kaki demo tegar, malulah mengaku kaki demo kalau terlepas peluang rasa senjata FRU terbaru yang canggih tu.

Cuma masalahnya senjata baru tu tak banyak. Utusan juga melaporkan:

Wan Abdullah berkata, setakat ini sebanyak 140 unit tactical marking pistol dan masing-ma­sing lima unit variable kinetic system dan flash launcher diperolehi pihaknya dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan semasa. – Ibid.

Maknanya kalau yang turun demo Bersih5 nanti cukup ramai, tak berapa orang sangat yang berpeluang rasa senjata baru FRU tu, tak macam air kimia dan gas pemedih mata, hampir semua kaki demo boleh rasa sorang sikit.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons