December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Memalu dan memilukan
apabila syarikat konglomerat negara,
 Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dilanda kemelut akibat pertelingkahan antara
Pengerusi dan
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya.

Apa
pun kita bersyukur kerana kemelut ini mungkin akan mendedahkan banyak lagi isu
lain yang menyebabkan FGV sudah menjadi begitu ‘kecil’ berbanding ketika
dilancarkan sebelum ini.

FGV
mulanya dilihat gah. Namun kini kedudukannya begitu kerdil apabila nilai
pasaran sahamnya menjunam berbanding ketika dibuka bernilai RM4.55 seunit yang
kononnya akan berlaku menjadi ‘durian runtuh’ buat warga FELDA.

‘Durian’ itu kini benar-benar runtuh dan merudum hingga ke paras RM1.40-RM1.90
seunit.
Ini
belum lagi dilihat kepada kerugian yang dialaminya kepada hampir RM100 juta
tetapi anehnya Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tetap kekal
dikerusinya.
Mengapa
demikian? Apakah ada ‘pelindung besar’ buat Mohd Isa? Atau memang beliau tidak
boleh disentuh dan tidak akan ada sesiapa pun boleh menjatuhnya?
Kebal,
iaitulah perkataan sesuai untuk Mohd Isa di kerusi Pengerusi FGV.
Dalam
kedudukan kemelut sebegini, adilkah menggantung tugas satu pihak sementara satu
pihak lagi dikekalkan pada ketika siasatan membabitkan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah (SPRM) akan dijalankan?
Betul
juga apabila Presiden dan Ketua
Pengarah Urusan FGV,  Datuk Zakaria
Arshad mempersoalkan kenapa beliau digantung tugas atau diminta lepaskan
jawatan.
Apakah beliau
bersalah? Ketegasnya untuk tidak melepaskan jawatannya selagi tidak didapati
bersalah adalah tindakan wajar.
Asalnya
dikatakan hanya ribut kecil,namun kini sudah menjadi taufan dan sudah pasti kes ini bukan sahaja mendapat perhatian
dalam negara tetapi juga di luar negara.
Pertelingkahan yang menyebabkan
penggantungan dibuat terhadap
Zakaria dibuat selepas beliau menolak permintaan Mohd Isa untuk
meletakkan jawatan.
Ia
 berhubung dakwaan salah laku yang
berkaitan dengan pembayaran kepada sebuah syarikat Afghan.
Lembaga
Pengarah FGV turut mengarahkan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd
Talha, bercuti susulan siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit,
PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.
Tidak diketahui sejauh mana benar
dakwaan  bahawa kemelut menjadi serius
gara-gara
 Isa gagal memperkudakan Zakaria dalam beberapa
keinginan beliau untuk dijayakan.
Kelmarin
Mohd Isa menolak dakwaan blogger Raja Petra Kamaruddin bahawa  beliau cuba menyingkirkan Zakaria pada
mesyuarat Lembaga Pengarah Jumaat lalu.
Mohd
Isa bagaimanapun menafikan mesyuarat tersebut hanya membincangkan mengenai
penyingkiran Zakaria, sebaliknya banyak perkara lain dibincangkan.
Zakaria,
dalam surat kepada  Mohd Isa, menafikan
beliau telah melanggar kod tadbir urus korporat dan berkata pembayaran itu
telah diluluskan oleh pendahulunya.
Namun
puncanya apa  sehingga timbul kemelut
kepimpinan dan apa pula kesan dan
penyudahnya?
Kemelut
dikatakan mempunyai kaitan dengan tunggakan bayaran kepada anak syarikatnya FGV
Delima Oil Products Sdn Bhd dengan sebuah syarikat pembeli minyak sawit luar
negara.
Menariknya
tidak sampai sebulan, iaitu pada 24 Mei 2016 lalu Zakaria begitu bangga
mengatakan FGV ialah  salah sebuah
konglomerat minyak sawit utama di Malaysia memainkan peranan penting dalam
program pembangunan tanah dan penempatan pertama di negara ini, Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Namun
sejak kelmarin, nampaknya FGV berada dalam kedudukan yang mencemaskan pelabur
dan mungkin agensi kerajaan itu sendiri.
Pelik
apabila Raja Petra mendakwa Mohd Isa cuba menyingkirkan presiden Zakaria bagi menutup
dakwaan salah laku rasuah.
Apakah
memang berlaku rasuah dalam FGV?
Isa
berang dengan tuduhan itu, malah apabila seorang wartawan akhbar arus perdana
mengemukankan soalan apakah benar truduhan Raja Petra itu mengugut mahu
menyaman wartawan itu.

“Kamu buat kenyataan ini, saya saman awak,” katanya ketika menjawab soalan itu
dalam sidang media di Menara Felda, Kuala Lumpur kelmarin.

Zakaria
pula setakat ini mempertahankan diri dan enggan berundur serta berhujah proses
pembayaran dan syarat kredit yang digunapakai Delima Oil itu sudah dilaksanakan
sebelum beliau menjadi CEO lagi.
Bagaimanapun,
selepas Zakaria dicutikan, Mohd Isa 
mengumumkan siasatan audit dalaman akan dibuat ke atas Zakaria serta
mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Zakaria
pula sudah ke SPRM dan mahu SPRM menyiasat keseluruhan operasi FGV bagi menilai
sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.
SPRM
pula menyatakan kesediaanya untuk membuat siasatan walaupun Timbalan Ketua
Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengatakan  SPRM terlebih dahulu perlu meneliti laporan
yang dibuat jika ada berlaku salah guna kuasa atau rasuah.
SPRM
telah menerima beberapa maklumat sebelum ini berhubung isu yang sama, walau
bagaimanapun siasatan hanya akan tertumpu kepada isu salah guna kuasa serta
rasuah dan bukannya isu peribadi pemberi maklumat.
Malah
Zakaria menegaskan berusaha menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh
lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai “tidak masuk
akal”.
Antara
pelaburan itu, katanya, adalah rancangan bernilai 100 juta pound sterling
(kira-kira RM551 juta) untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd
, sebuah syarikat nano karbon, yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga
hingga empat tahun lepas.
“Sekarang
mereka (lembaga FGV) mahu mengembangkannya, mereka memerlukan 100 juta pound
lagi. Bagi saya ini adalah tidak masuk akal, kami sebuah syarikat
perladangan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.
Pelaburan
lain, adalah rancangan untuk menghabiskan RM300 juta bagi membeli 30 peratus
pegangan dalam sebuah kilang krimer, yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang
menjalankan perniagaan bukan teras.
Zakaria
juga melahirkan rasa tidak puas hati mengenai amalan rundingan terus.
“Terdapat contoh-contoh lain, rundingan langsung, kontrak langsung …
Saya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat tetapi apabila saya
mahu menguatkuasakan dengan tegas, maka ini apa yang berlaku,” katanya.
Turut
masuk campur dalam kemelur ini ialah Persatuan Anak
Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang menyifatkan arahan  Zakaria bercuti sebagai mangsa terbaru Mohd
Isa.
Presidennya, Mazlan Aliman mendakwa Mohd Isa ketika menjadi Pengerusi
FELDA bertindak “menyejuk bekukan” pengarah besar ketika itu – Datuk Zulkifli
Abdul Wahab yang tidak disenanginya.
Ia  disusuli dengan
pengganti Zulkifli, Datuk Faizoull Ahmad yang turut “disejuk bekukan” sehingga
beliau didakwa di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.
Dengan kata lain, Mazlan mendakwa daripada awal, Mohd Isa memang
tidak menyenangi Zakaria.
Aktivis
Felda PAS Naraza Muda pula melihat alasan berhubung tunggakan bayaran sebuah
syarikat asing kepada anak syarikat FGV Delima hanya “isu teknikal” untuk
mengketepikan Zakaria.
Naraza
mengingatkan bahawa presiden FGV sebelum ini juga pernah mengalami nasib hampir
sama apabila kontrak tidak disambung.
Naraza
juga membuat spekulasi perkembangan dalaman Felda itu sebenarnya mempunyai
kaitan dengan urus niaga dengan syarikat China.
“Ramai
bekas kakitangan Felda menggagap Mohd Isa gagal memperkudakan Datuk Zakaria
dalam beberapa keinginan beliau (Mohd Isa) dijayakan,” dakwanya.
Malah
Naraza berpendapat, apa yang berlaku kepada Felda sejak Mohd Isa dilantik
menjadi pengerusi Felda pada tahun 2011 sehingga di pecat awal tahun ini,
peneroka Felda perlu menyokong dan berdiri teguh di belakang Zakaria.
Ini  kerana Zakaria cuba memacu dan membawa FGV ke
landasan betul dengan apa yang dialami FGV sejak disenaraikan di BSKL.
Belum
dapat dipastikan sama ada tindakan terhadap  Zakaria itu sebagai suatu kesilapan pada
ketika beliau dikatakan sedang melaksanakan misinya untuk memperbetulkan
kepincangan dalam syarikat itu.
Sewajarnya beliau diberikan ruang dan siasatan oleh SPRM perlu
dilakukan dengan adil dan pendapat yang mengatakan penstrukturan FELDA yang
dilakukan Tan Sri Shahrir Samad tidak akan mendatangkan kesan, selagi Isa
menjadi pengerusi FGV juga belum dapat disahkan.
Yang sahnya kemelut ini akan mendedahkan banyak perkara dalam FGV
yang  sering dibangga-banggakan oleh
Perdana Menteri.
Mohd Isa yang dilantik oleh Datuk Seri Najib Razak ternyata
walaupun mempunyai sokongan padu yang kuat tetapi rekod membuktikan bahawa era Mohd Isa sebagai
Pengerusi FGV, telah berlaku penyelewengan di Felda Iffco Gida Sanayi, sebuah
anak syarikat yang dimiliki 50 peratus saham oleh FGV di Turki, dengan kerugian
saham luar biasa sebanyak RM57 juta.
Penyelewengan
tersebut telah menyebabkan kerugian suku ketiga FGV yang berakhir 30 September
2016 melebar daripada RM33.9 juta tahun yang lalu ke RM94.86 juta.
Apakah
Mohd Isa akan terus berada di kerusinya selepas ini?

Jika terus dikekalkan, dia
dikekalkan untuk kepentingan siapa?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons