January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ALOR SETAR 4 Nov. – Hujan yang berterusan sejak awal pagi ini tidak menghalang lebih 300 penyokong Lang Merah berkumpul di Dataran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini malam ini untuk memberi memberi sokongan kepada Kedah yang bersaing pada aksi final Piala Malaysia menentang JDT.

Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama MBAS, Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Alor Setar dan Pemuda Bahagian Alor Setar memberi peluang kepada penyokong Lang Merah yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam, Selangor melihat aksi Lang Merah menerusi paparan skrin gergasi.

Difahamkan selain Dataran MBAS, lebih 80 skrin gergasi ditempatkan di semua 15 kawasan Parlimen di Kedah.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Muhamad Fahmi Mohd. Fauzi, pihaknya menyediakan dua khemah dan kerusi untuk kira-kira 200 penyokong Lang Merah.

“Bagaimanapun, sambutan yang diterima menggalakkan apabila lebih 300 penyokong Lang Merah datang untuk bersama-sama bersorak memberi sokongan kepada Kedah.

“Malah, bilangan penyokong juga semakin bertambah dari masa ke masa. Selain menonton bola di paparan skrin gergasi ini, pihak kami juga ada menyediakan hadiah untuk mereka yang berjaya menjawab kuiz yang diberikan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, penyokong Kedah, Wan Azliza Wan Yusoff berkata, pemasangan skrin gergasi itu memberi peluang kepada peminat Lamg Merah yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam merasai kehangatan perlawanan akhir tersebut.

“Menonton perlawanan akhir ini di rumah mungkin lebih selesa terutama dalam keadaan hujan berterusan ini tetapi kemeriahannya tidak sama.

“Memberi sokongan kepada pasukan Kedah bersama ratusan penyokong Lang Merah yang lain lebih seronok,” ujarnya .

Bagi Shuhaizam Rozali dari Pendang pula, berkumpul beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Lang Merah lebih menyeronokkan berbanding menonton bersendirian di rumah. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons