December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Tak pernah dibuat mana2 kerajaan untuk memperuntukkan bonus dibayar  tahun ini  untuk diambil  Bajet tahun depan.

Tapi di P.Pinang berlaku sebab Ketua Menteri yang sering panggil orang lain gila dalam ceramahnya juga buat kerja gila dalam Bajet kononnya marhaen ini.

Sebenarnya sebab  mereka membayar juga bonus dalam tahun ini disebabkan mahu jadi populis ditambah lagi konon mereka akan riak konon  bayar lebih dari bayaran kerajan khas kerajaan Pusat.  

Berapa lah sangat jumlah RM7.5 juta  untuk  3741 kakitangan awam di P.Pinang berbanding  Kerajaan DAP bayar lebih RM300 juta kos kajian terowong yang hingga kini belum siap 

GEORGETOWN – Wakil rakyat BN hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang bercadang membayar bonus RM2,000 kepada penjawat awam negeri pada akhir tahun ini menerusi peruntukan Bajet 2018.

ADUN Pulau Betong, Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata, tidak pernah dalam sejarah apabila bajet untuk anggaran perbelanjaan tahun depan digunakan pada tahun semasa.

“Kita bercakap tentang Rang Undang-undang Perbelanjaan 2018. Jadi, kalau mereka menggunakan peruntukan tahun depan untuk tahun ini, jadi tak kena, melainkan mereka gunakan duit yang ada pada tahun 2017, tapi tidak pula dibentangkan dalam Bajet 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2018 oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Terdahulu, Guan Eng mengumumkan bonus RM2,000 untuk anggota perkhidmatan awam negeri yang mempunyai rekod disiplin yang baik dan akan dibuat akhir tahun ini kepada hampir 8,000 penjawat awam negeri.

Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini membentangkan Bajet 2018 bertemakan ‘Belanjawan Marhaen’ berjumlah RM 1.25 bilion dengan defisit RM748.5 juta berbanding RM667.1 juta defisit tahun lepas.

Muhamad Farid berkata, tindakan kerajaan negeri itu juga jelas hendak memperlekeh dan memperkecilkan kerajaan persekutuan kerana hanya memberi bantuan khas RM1,500 kepada penjawat awam yang akan dibayar secara berperingkat iaitu RM1,000 pada Januari tahun depan dan RM500 sebelum



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons