January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ALOR SETAR 4 Nov. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan ikan pada musim tengkujuh mencukupi untuk pasaran tempatan.

Timbalan menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan kira-kira 200 tan metrik stok ikan bagi memenuhi permintaan pengguna ketika musim tengkujuh.

“Selain stok tersebut, kita juga akan mengimport ikan dari Bangladesh, Indonesia, Thailand dan Vietnam bagi mengelakkan krisis bekalan ikan.

“Pihak kementerian mempunyai polisi import yang sangat fleksibel yang mana kita mahu melindungi pengeluaran tempatan dan pada masa sama, memastikan keperluan pengguna dapat dipenuhi dengan menyediakan bekalan ikan yang mencukupi dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Kuala Kedah dan Penyampaian Bantuan Sara Hidup di Kompleks LKIM, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengumumkan pembinaan semula Jeti Nelayan Kampung Hulu, di sini dan penambahbaikan pusat pengumpulan dan pengedaran ikan (CCDC) miliki Persatuan Nelayan Negeri Kedah (Nekad) yang menelan kos RM1.35 juta.

“Pembinaan semula jeti nelayan itu bagi melancarkan lagi aktiviti perikanan seterusnya menjamin bekalan makanan negara khususnya dalam sektor perikanan.

“Penambahbaikan CCDC di Kompleks LKIM Kuala Kedah juga sebagai langkah untuk menyediakan kemudahan tempat penyimpanan dan pengedaran ikan seterusnya dapat menampung keperluan ikan dalam negara,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons