January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya ada sekumpulan lelaki bersenjata menaiki bot dan berlegar-legar di kawasan perairan Sungai Mengkabong.

Gambar hiasan. Sumber: Berita Harian.

SEBENARNYA:

Polis menafikan dakwaan kononnya ada sekumpulan lelaki bersenjata menaiki bot dan sedang berlegar-legar di kawasan perairan Sungai Mengkabong.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, dakwaan yang menjadi viral di media sosial adalah maklumat palsu.

Menurut beliau, “Berikutan dakwaan itu, sepasukan anggota daripada Unit Kereta Peronda (MPV) turut diarahkan ke lokasi kejadian di Kampung Gayang dan Kampung Mengkabong untuk membuat pemantauan rapat. Hasil tinjauan di lokasi itu, pihak polis mendapati tiada sebarang unsur-unsur pencerobohan atau kehadiran lelaki bersenjata seperti yang menjadi viral menerusi laman sosial Facebook serta aplikasi WhatsApp.”

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

Berita Harian



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons