December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SEBELUM ini kita sudah dedahkan bukti bagaimana Tiket Perlawanan Akhir, Bola Sepak Piala Malaysia Kedah vs JDT kena bedal dengan Umno Kedah, dan diedarkan atas nama Ahli Parlimen Umno Baling.

BACA — Bukti Umno Kedah bedal tiket bola

Kali ini, beberapa lagi bukti turut didedahkan dan disebar di media sosial.

Difahamkan, banyak kain rentang (banner) ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah, Dato Seri Ahmad Bashah dipasang di banyak kawasan di Negeri Kedah.

Ucapan terima kasih itu adalah kerana MB Kedah telah menaja tiket-tiket bola sepak yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu, kepada para penyokong Umno di Kedah.

Di Pendang, Persatuan Belia 4B Negeri Kedah mengucapkan ucapan terima kasih melalui banner yang dipasang di pondok-pondok tempat menunggu bas.

bedal tiket

Di Alor Setar, Kedah pemuda Umno bahagian Alor Setar, turut memasang banner ucapan terima kasih kepada MB Kedah atas penajaan tiket bola tersebut di Lebuhraya Darul Aman, Kedah dan beberapa kawasan lagi.

Diikuti dengan banner yang dipasang oleh Pemuda Umno Negeri Kedah, di bawah papan tanda (signboard) di jalan masuk ke Perpustakaan Awam Sungai Petani, Kedah.

Banner ini bukan sahaja mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, malah ucapan itu turut ditujukan kepada setiausaha politiknya, Dato’ Shaiful Hazizy.

Niat penyokong-penyokong Umno ini memasang kain rentang ucapan terima kasih, tentu sekali untuk memberitahu rakyat Kedah bahawa MB Umno, sangat baik hati dan pemurah kerana menaja tiket bola.

Tapi perbuatan itu secara tak langsung, mendedahkan perbuatan jahat mereka membedal tiket-tiket perlawanan bola sepak berkenaan secara keterlaluan sampaikan peminat nak beli pun tak dapat.

Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini ada mendedahkan bahawa tiket-tiket bola sepak perlawanan akhir Kedah vs JDT sudah kena ‘bedal’ dengan Pemuda Umno Kedah.

Tindakan itu dakwanya bagi mengelakkan MB Kedah kena “boo” ketika berada dalam stadium oleh penyokong-penyokong Kedah, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Jadi kepada anda para penyokong pasukan bola sepak Kedah yang kecewa tempoh kerana tak dapat beli tiket bola walaupun sudah berkorban sampai tidur bermalam sehari lebih awal di stadium, moga pendedahan ini dapat merungkai persoalan di fikiran anda semua.

*** Aku percaya ramai penyokong-penyokong Pasukan Bola Sepak Kedah yang merasa kecewa dan teraniaya, tak dapat beli tiket mendoakan Kedah kalah menentang JDT malam tadi. ***



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons