December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


LANGKAWI 4 Nov. – Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang tiga hari lepas ditemukan pagi ini oleh sekumpulan nelayan tempatan kira-kira 7 batu nautika barat daya dari Pulau Beras Basah di sini.

Timbalan Pengarah Operasi DM 1 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata, mayat Mohamad Aznan, 40, ditemukan tersangkut di pukat oleh nelayan berkenaan pada pukul 8.15 pagi.

“ Operasi Daerah Maritim 1 (DM 1) Langkawi menerima panggilan daripada Dilip Usman, 54, melaporkan bahawa terdapat mayat di dalam pukat ketika mereka menggulung naik pukat mereka.

“Hasil laporan yang diterima bot Peronda Kilat 6 terus diatur gerak untuk membuat pemeriksaan di lokasi mayat dijumpai. Ketika di lokasi, mayat ditemukan terperangkap di pukat dalam keadaan masih berpakaian lengkap berbaju oren,” ujarnya di sini hari ini.

Katanya, mayat dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut,seterusnya mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.05 pagi itu, Mohamad dikatakan terjatuh ke dalam laut ketika menarik pukat sebelum hilang.

Selain APMM, operasi mencari dan menyelamat ini juga dibantu Tentera Laut, Polis Marin, pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan nelayan. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons