January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sangat logik tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa PAS Kelantan sekarang ini sudah sampai tahap sanggup berperang dengan rakyat sendiri demi untuk memastikan ‘survival politik’ dan ‘kepentingan peribadi’ beberapa kerat pemimpin PAS terus terjaga.

Harakahdaily dalam berita bertajuk “Orang Asal Pahang, Perak ditahan di sekatan balak” melaporkan:

GUA MUSANG: Seramai 47 Orang Asal direman ekoran membina sekatan laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, di mana ia bertentangan dengan Akta Perhutanan Negara 1984.

Hampir kesemua Orang Asal yang ditahan dalam operasi tersebut bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari Pahang dan Perak.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan (Operasi), Radhi Chu Abdullah berkata, mereka yang terlibat dibawa ke Mahkamah Seksyen Gua Musang. – Hrkh.

Juga dilaporkan:

“Mereka diambil tindakan di bawah kesalahan Seksyen 32 dan Seksyen 47 serta Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya selepas operasi meroboh sekatan tersebut hari ini.

Operasi merobohkan blockade dan pondok dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri turut dibantu 62 anggota dan sembilan pegawai polis.

Jika disabit kesalahan mereka yang menduduki kawasan hutan simpan kekal tanpa permit boleh didenda sebanyak RM50,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. – Ibid.

AstroAwani sebelum itu dalam berita bertajuk “16 Orang Asli ditahan dalam operasi roboh sekatan balak di Gua Musang” melaporkan:

Ab Rahman berkata dalam operasi itu kesemua yang ditahan adalah golongan remaja ataupun pelajar sekolah yang berkemungkinan telah dieksploitasi pihak tertentu.

“Apa yang kita lihat, dalang di sebalik kejadian sekatan itu sudah melarikan diri. Kita juga turut merobohkan bangsal yang dibina di kawasan tersebut yang dijadikan tempat Orang Asli berkumpul membuat sekatan,” katanya.

Beliau berkata dalam operasi itu polis turut merampas alat sumpitan dipercayai milik masyarakat Orang Asli yang berada di kawasan sekatan.
AstroAwani.

Dalam pada itu pula, Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hasmi Hasan dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik dalam facebook beliau mengugut akan “mengepung SUK” jika  Kerajaan Kelantan tidak segera membebaskan kesemua tahanan.

Antara lain kenyataan rasmi tu berbunyi:

Pada 23 November 2016 lalu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sekiranya rundingan dengan Orang Asli gagal agar mereka membuka blockade yang menghalang pengeluaran hasil balak di Gua Musang, maka Kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas Orang Asli.

Sehingga kini,berapa kalikah wakil Kerajaan Kelantan telah membuat perundingan bersama Orang Asli bagi membuat keputusan yang bersifat win-win situation ini?

Kami mendesak supaya mereka segera dibebaskan. Jika mereka terus menangkap Orang Asli disana, ini bermakna tiada beza antara Kelantan dan Israel. Adakah kita perlu mengepung SUK, biar mereka rasa bagaimana rasanya “nikmat” dikepung?

Kezaliman tetap sebuah kezaliman walau dilakukan oleh sang kopiah putih berjubah labuh.
Bebas Orang Asli, Atau SUK Dikepung!!FB Pemuda Amanah Kelantan.

Pada aku tindakan Kerajaan Negeri Kelantan kali ini betul-betul menggambarkan betapa Kerajaan PAS Kelantan sudah terlalu jauh tersasar dari landasan yang dibuat oleh Allahyarham TG Nik Aziz dulu.

PAS Kelantan sekarang ni dah tak peduli lagi dengan kebajikan rakyat, dah tak peduli lagi dengan persepsi politik malah lebih malang lagi PAS Kelantan sekarang ni macam dah tak peduli lagi dengan nama baik Islam.

Apa sangat PAS Kelantan nak hairan dengan sekadar ugutan Pemuda Amanah Kelantan yang konon nak ‘kepung SUK’ tu. Tambah-tambah dalam keadaan depa yakin pihak polis sekarang ni sanggup bersama depa.

Sangat logik tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa PAS Kelantan sekarang ini sudah sampai tahap sanggup berperang dengan rakyat sendiri demi untuk memastikan ‘survival politik’ dan ‘kepentingan peribadi’ beberapa kerat pemimpin PAS terus terjaga.

Dalam bab isu balak Kelantan ni, PAS Kelantan dah takdak pilihan lain kecuali beperang dengan orang asli ersebut untuk memastikan ‘golongan pemodal’ yang membiayai ‘survival politik’ mereka terus terjaga.

Apa lagi ‘modal’ yang PAS Kelantan ada melainkan khazanah hutan yang terpaksa digadai kepada golongan pemodal untuk terus membiayai ‘servival politik’ mereka disamping sedikit pendapatan untuk menampung kewangan kerajaan negeri.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons