December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


MENTERI Besar, Dato’ Seri Azmin Ali mengumumkan bantuan Khas (bonus) 3 bulan gaji kepada penjawat awam Negeri Selangor dalam pembentangan Bajet 2018 bagi negeri paling maju di Malaysia itu sebentar tadi.

Perkara itu turut diumumkan melalui @azminali laman Twitter rasmi beliau.

“Sebagai dorongan, bantuan khas kewangan bagi tahun 2018 anggota perkhidmatan awam Selangor, ditambah dari dua bulan gaji kepada tiga bulan gaji #selangor2018,” tulisnya.

Malah bantuan itu turut dinikmati oleh seramai 6,725 guru-guru KAFA, 371 Ketua-ketua kampung tradisi, dan 78 Ketua Kampung Baru Cina dan Kampung Bagan, serta 48 Ketua Komuniti India di negeri itu.

Pemberian bantuan khas kewangan tersebut bakal memberi implikasi kewangan berjumlah RM94.65 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Kalau kita lihat jelas berlaku perlawanan antara kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional di Putrajaya, dengan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Harapan.

Baru-baru ini dalam pembentangan bajet 2018 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangan awam sebanyak RM1,500.

Namun Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pemberian bonus jauh lebih tinggi iaitu sebanyak 3 bulan gaji.

Inilah bukti bahawa bila pembangkang kuat, rakyat untung, kerana parti-parti politik ini akan bersaing mengambil hati rakyat.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons