December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Seorang  anggota Majlis Tertinggi UMNO menegaskan
parti itu menjadi sebuah parti yang beruntung kerana mempunyai seorang presiden
yang telus, iaitu Datuk Seri Najib Razak.

UMNO  disifatkan beruntung kerana ketua parti
sangat berterus terang dan sudah terangkan banyak kali dari mana dana untuk
parti itu diperolehi..
Beliau menyatakan perkara ini sebagai jawapan kepada saranan
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Dr Muhajid Yusof Rawa
yang  meminta semua ketua bahagian UMNO
dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menerima dana didakwa dari
kantung SRC International supaya bertaubat dan memulangkan wang berkenaan.

Ini kerana ia adalah milik
rakyat.

Apakah Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan  dan Presiden UMNO -= orang yang diamanahkan menjaga kepentingan kepentingan rakyat – sanggup mengambil wang rakyat?

Rakyat belum lupa bahawa
dokumen yang diumumkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang
media pada Januari tahun lepas menunjukkan sekurang-kurangnya RM32 juta
disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri daripada SRC International.
Namun Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah
laku. Ia atas alasan bahawa perdana menteri tidak sedar menerima wang
berkenaan.
Berkaitan perkara ini, dengan sikapnya yang ‘selamba badak’ Najib menafikan
dakawan bahawa beliau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Kini apabila Najib
dipalitkan dengan isu pembayaran RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammmad
Safie Abdullah, jangan pula Najib dan pemimpin UMNO berdiam diri dan tidak
meminta Najib supaya telus menjawab persoalan ini.

Kenapa lama menunggu untuk menjawab persoalan ini? Kedua-duanya perlu menjawab ‘ya atau tidak’?

Apa lagi isu ini turut
dikaitkan dengan wang dari SRC International dan menggugat masruah dan
keredibiliti Najib sekiranya  jika terus berdiam diri.
Nyata sekali pendedahan oleh Sarawak Report ini
menimbulkan persoalan asas – bagaimana wang dari SRC International disalurkan
ke dalam akaun peribadi Najib?
Sarawak Report  mendakwa Najib membayar wang
berkenaan menggunakan dana anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd pada
11 September 2013 dan 17 Februari 2014.
Malah penjelasan Anggota Majlis
Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin mengenai wang berjumlah RM9.5
juta yang disalurkan Najib Razak ke akaun Shafee dianggap tidak mencukupi.
Semalam Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
berkata pihaknya kesal kerana sehingga kini perdana menteri dan peguam kanan
itu tidak menjawab dakwaan berkenaan.
Bagi Wan Azizah  rakyat Malaysia sejauh ini hanya
mendengar alasan remeh yang
diberi oleh Nazri.
Ini kerana persoalan pokok tidak dijawab mengapa engapa
dana dari SRC International ini berada di dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib.
Juga berkaitan dengannya mengapa RM 9.5 juta dipindahkan
ke dalam akaun peribadi Shafee.
Kedua-duanya perlu tegas menepis dakwaan Sarawaj Report
ini dan kekalutan ini pastinya bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara.
Bukan sekadar wujud tanda tanya apakah bayaran berkenaan
mempunyai kaitan dengan kes liwat kedua terhadap suami Wan Azizah tetapi
kini keputusan mahkamah terhadap Anwar mula dipersoalkan.
Najib perlu bersihkan dirinya sebagai individu, apa lagi
sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional,Presiden UMNO, Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pekan – bebas
daripada melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA 2014).

Jika beliau gagal membersihkan dirinya, maka satu lagi
episod hitam akan menghantui dirinya dan kerajaan BN selepas gagal menjernihkan tuduhan
mengenai wang RM2.6 bilion yang terpalit dengan dirirnya sebelum ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons