December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


JOHOR BAHRU 4 Nov. – Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Operasi) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, suspek berusia 47 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM negeri pada pukul 11 malam tadi.


“Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM8,000 daripada seorang pengurus projek sebuah syarikat petroleum. 


“SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM40,444 dan SG$1,613 selain beberapa dokumen berkaitan dalam serbuan yang dibuat di tiga lokasi berbeza,” demikian menurut kenyataan berkenaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons