December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


 

Siapakah
dan dari parti manakah selain PAS yang meminta menjadi pemimpin,
 sama ada peringkat cawangan, daerah atau
bahagian, negeri dan Perdana Menteri di Malaysia hari ini?

Jika
menurut kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “adapun ahli dan penyokong PAS yang
sangat setia sanggup tidak berpeluh dan berpecah kepala bertanya siapa calon
sama ada jawatan penghulu kampung, anggota dewan undangan negeri, parlimen dan
jauh sekali siapa calon perdana menteri.”
Menurutnya,
selepas mengikuti perbincangan hangat di kalangan semua parti yang berjuang
menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 dan begitu galak menamakan calon
perdana menteri, nyata sekali hanya PAS yang tidak mencalonkan sesiapa.
Apakah
ini menggambarkan bahawa mereka yang dipilih dalam kepimpinan PAS adalah yang
‘menolak-nolak untuk dilantik’ tetapi tercalon dengan sendiri?
Maka
kerana dicalonkan mereka menerima jawatan yang ditawarkan itu?
Juga
apakah dengan kenyataan ini bermakna PAS tidak berminat untuk menonjolkan
calonnya sebagai Perdana untuk memerintah negara ini jika ditakdirkan
berpeluang?
Ini
kerana kerana jika menonjolkan tokoh pemimpinnya ia tidak memcerminkan
kedudukan sebenar dan tidak selari dengan slogan Muktamar PAS terakhir.
Sejahtera Bersama Islam.

Meneliti
kenyataan Presiden PAS seperti disiarkan oleh Malaysiakini semalam yang
bertajuk, “Polemik calon PM: Tolak tokoh meminta-minta jawatan” membawa
kepada suatu keadaan di mana setiap individu perlu merasa takut untuk
dinobatkan sebagai pemimpin.

Kata
Hadi, “orang yang meminta jawatan dan terlalu inginkannya adalah orang yang
meringankan kewajipan menunaikan amanah untuk menegakkan agama Allah dan Allah
tidak menolongnya. Tetapi kalau orang itu tidak meminta-minta namun diberi
jawatan supaya memegang amanah, nescaya diberi pertolongan Allah.”
Beliau
turut menyatakan “semua para Khulafa ar-Rasyidin tidak mencalonkan diri
masing-masing menjadi khalifah”.
Malah
beliau turut menyebut  Firman Allah SWT
(bermaksud): Ikutlah orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan,
sedang mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (Yasin: 21)
Berdasarkan
kepada pandangan Hadi ini, siapakah sebenarnya yang layak untuk memimpin
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada 52 peratus orang Islam ketika ini?
Membandingkan
antara parti yang bertanding dalam pilihan raya akan datang (Pilihan Raya Umum
ke-14) nanti – jika berasaskan kepada kenyataan Hadi – apakah UMNO yang menjadi
tonggak Barisan Nasional, PKR, AMANAH atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) tidak boleh menonjolkan pemimpin mereka yang dicalonkan sebagai Perdana
Menteri?

Maknanya
ketua bagi parti-parti berkenaan seperti Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Mohamad Sabu, Tan Sri
Muhyiddin Yassin atau juga Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak sewajarnya menjadi
Perdana Menteri.

Malah
Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut diperkatakan akan diletakkan sebagai ‘Perdana
Menteri sementara’ juga tidak layak, walaupun beliau tidak mencalonkan
dirirnya?
Apakah
yang diperkatakan Hadi ini sebagai suatu sindiran kepaada ketua-ketua parti
politik bagi mengatakan dirinya (Hadi) tidak berebut untuk menjadi Perdana
Menteri?
Atau
bagi Hadi sendiri beliau mungkin mempertimbangkannya hanya jika beliau dalam
keadaan seperti Umar Abdul Aziz yang diminta menjadi khalifah, dengan menganggap
pelantikan itu sebagai bala bencana buat dirinya, namun tetap menjadi amanah
Allah.
Apabila
diminta berbuat demikian, Hadi akan terus ke masjid, menaiki mimbar dan
menyampaikan ucapan: “Saya telah dicalonkan menjadi pemimpin kamu. Jawatan ini
adalah juga hak kamu yang tidak boleh dipermainkan. Adakah kamu semua bersetuju
saya yang dipilih?”
Apabila
seluruh jemaah bersatu suara dengan kuat mempersetujuinya maka Umar menerima
pelantikan itu dan bertugas dengan cemerlang.
Dalam
konteks Malaysia hari ini, apakah masjid itu boleh digantikan dengan Dewan
Rakyat (Parlimen) untuk mengesahkan perlantikannya.
Ini
kerana di situlah boleh didapatkan persetujuan semua parti politik, khususnya
yang mempunyai majoritI selepas PRU14.



Namun
persoalannya, jika PAS tidak mendapat majoriti atau disokong melalui pakatan
dengan parti lain, apakah Hadi berpeluang mendapat peluang untuk melakukan
seperti Umar Abdul Aziz?

Lalu
peluang itu berpindah kepada orang lain tetapi prosesnya tetap sama di mana
walaupun seseorang itu meminta, merayu atau mendabik dada mengatakan dia boleh
menjadi Perdana Menteri tetapi kalau partinya tidak mendapat majoriti di Dewan
Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN), bagaimana mereka akan dilantik sebagai
Perdana Menteri atau Menteri Besar?

Sukar
untuk mencari seseorang yang benar-benar berciri dan mematuhi qudwah (contoh) Rasulullah
yang yang benar-benar ‘tidak meminta-minta jawatan’.
Apabila
seseorang bertanding jawatan presiden parti atau menang tanpa bertanding, atau dilantik
atau melantik dirinya sendiri, mereka sebenarnya sudah bergelut dengan jawatan.
Apabila
Hadi menyebut ‘orang yang meminta jawatan dan terlalu inginkannya adalah orang
yang meringankan kewajipan menunaikan amanah untuk menegakkan agama Allah dan
Allah tidak menolongnya. Tetapi kalau orang itu tidak meminta-minta namun
diberi jawatan supaya memegang amanah, nescaya diberi pertolongan Allah’,
bagaimanakah caranya mencari tokoh atau pemimpin yang bercirikan sebegini di
zaman ini?

Memanglah
semua Khulafa ar-Rasyidin tidak mencalonkan diri masing-masing menjadi khalifah
tetapi bagaimana melaksanakan proses pelantikan ini jika ada pemilihan dalam
parti?

Juga
bolehkah Hadi terangkan bagaimana pelantikan itu boleh dibuat seperti di era
Khulafa ar-Rasyidin dalam kedudukan orang Islam dan bukan Islam hampir sama
jumlahnya di Malaysia ketika ini?
Jika
apa yang diperkatakan oleh Hadi itu sebagai pernyataan akademik semata-mata dan
dalam PAS sendiri pun ada pertandingan dan penonjolan bahawa ‘aku boleh menjadi
itu dan ini’, pandangan beliau itu  sebenarnya semakin mengelirukan bukan
menjernihkan proses pemilihan seseorang pemimpin.
Yang
diperlukan ketika ini ialah pemimpin yang boleh memerintah dengan adil, saksama
dan menjadikan negara ini dalam keadaan harmoni dan makmur.

Prasyaratnya
jangan dia seorang yang mementingkan kroni, sahabat dan kaumnya semata-mata,
apa lagi memerintah dengan zalin.

Rakyat
berbagai kaum perlu mendapat pembelaaan sewakarnya dan melalui kejujuran dan
sifat amanahnya, negara akan terjamin makmur dan sejahtera.

Malaysia
memerlukan pemimpin yang mampu menyatupadukan rakyat, mempunyai wawasan dan
mampu membawa negara ke tahap yang cemerlang yang mana ciri-ciri keIslaman itu
diterjemahkan menjadi dasar dan pentadbiran, bukan slogan politik semata-mata.

Kita
bukan mahu mengagungkan negara bukan Islam tetapi persoalannya bagaimana sesetengah
negara berkenaan  mempunyai ciri-ciri amalan
Islam melebihi Malaysia, walaupun akidah rakyatnya bukan Islam.
Persoalannya
juga, sebagai orang Islam kita memang mahukan pelantikan pemimpin dilandaskan
kepada tuntutan Islam.
Namun
dalam kedudukan sekarang, bilakah aganya kita akan mencapai keadaan yang
membolehkan seseorang yang dilantik itu selari dengan sabda Baginda SAW iaitu “Demi
Allah! Aku tidak melantik orang yang meminta jawatan atau rakus mahukan
jawatan.”


Yang
kita cari dan harapkan ialah TIDAK BERTEMU dan TERLEPAS daripada pemimpin yang disebutkan
oleh Baginda melalui hadisnya: “Antara kemusnahan umatku pada akhir zaman
(ialah) apabila jawatan menjadi pemimpin dianggap peluang untuk diri, keluarga
dan kroni.”

Jika
rakyat Malaysia dapat membebaskan dirinya daripada memilih pemimpin dalam
kategori seperti itu pada PRU14 nanti, rasanya ia sudah memadai.

Kita
perlu berusaha dan berdoa kepada Allah swt supaya mengabulkan permintaan kita. 

Bersatu dan berdoalah agar dihantar kepada kita pemimpin yang beramanah dan berwawsan!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons