December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Sebelum ini penulis telah menulis tentang sikap hipokrit memualkan regim DAP yang mempertahankan pesta Arak di Kuala Lumpur.


Regim DAP memang patut dikutuk dan diajar supaya tidak perbodohkan rakyat dan tidak hipokrit.
BACA SINI

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menolak permohonan penganjuran pesta Arak itu dan menegaskan tindakan undang-undang akan diambil jika pihak penganjur berdegil mahu meneruskan aktiviti tersebut tanpa kebenaran.

Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan Tengku Mansor pula telah menjelaskan pembatalan pesta arak “Better Beer Festival 2017” BUKAN disebabkan faktor politik dan agama.

Tengku Adnan berkata DBKL membuat keputusan tidak memberi kelulusan kerana bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Ia menyalahi undang-undang kerana mengambil dan menjual arak di kawasan terbuka dan daripada segi keselamatan, polis telah memberikan maklum balas bahawa ia berbahaya untuk mengadakan pesta itu di kawasan terbuka.

Sekarang kita sedia maklum bahawa pihak Polis Diraja Malaysia telah melarang penganjuran pesta arak itu kerana dikhuatiri menjadi sasaran serangan kumpulan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjelaskan bahawa pihaknya mendapat maklumat bahawa kumpulan militan sedang merancang melakukan sabotaj terhadap penganjuran pesta arak itu kerana dianggap sebagai sesuatu yang bertentangan dengan perjuangan mereka.

“Selain itu, maklumat juga mendedahkan terdapat beberapa pihak yang merancang untuk menimbulkan kekacauan semasa pesta itu berlangsung.

“Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang insiden di luar kawalan berlaku, PDRM melarang penganjuran festival tersebut demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Yang mengejutkan ialah respon bodoh dan kurang bijak Lim Kit Siang DAP yang mempertikai profesionalisme pihak polis Malaysia. Beliau seolah-olah sanggup mengadaikan nyawa rakyat hanya untuk mempertahankan politik sempit regim DAP cauvinis.

Media melaporkan Lim Kit Siang mendakwa, rakyat berhak mempersoalkan mengapa pesta arak itu diharamkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur jika hanya disebabkan oleh ancaman berkenaan.

“Sekiranya polis Malaysia tidak dapat mengendalikan ancaman keselamatan atau pengganas ke atas Better Beer Festival yang akan diadakan di kawasan yang sangat terlindung dan mudah dilindungi, rakyat berhak bertanya bagaimana polis menghadapi ancaman pengganas utama atau berskala besar,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Begitu bodoh sekali kenyataan Lim Kit Siang. Bukan sahaja tidak hormat kepada keputusan polis Malaysia, beliau menuntut pihak polis mendedahkan strategi siasatan dan kerahsiaan menghadapi ancaman pengganas.

Dalam isu ini, kita mengecam sikap puak DAP yang sanggup bermain-main dengan nyawa rakyat hanya kerana satu pesta arak yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada negara Malaysia.

Bagi DAP, nyawa rakyat terlalu murah jika dibandingkan dengan ‘The Better Beer Festival 2017’.

Adalah amat menyedihkan jika masih ada yang mahu menyokong parti cauvinis DAP dan sekutunya dalam pakatan harapan.

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons