December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Biapun saban hari dikecam dan diserang oleh DAPigs dan konco – konconya, namun sifat keprihatinan pemimpin Rejim PAS Kelantan terhadap Lim Guan Eng tidak pernah berubah.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Rejim PAS Kelantan tampil memberikan bantuan sebanyak RM 50,000 kepada Pulau Pinang yang kini sedang dilanda musibah banjir besar.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, berkata dia sedia maklum keadaan banjir di Pulau Mutiara itu sangat membimbangkan pada ketika ini.

“Kerajaan negeri akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50,00 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak tengahari. Hujan lebat yang mula turun sejak jam 2 petang turut menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air mencecah paras sehingga kira-kira satu meter.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebelum ini mengesahkan ada menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi awal pagi tadi bagi mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Ahmad Yaakob juga turut berkata, dalam situasi sedemikian semua pihak agar wajar membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengetepikan sentimen politik.

“Marilah sama-sama kita mendoakan agar keadaan banjir semakin baik dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

“Bersabarlah atas ujian Allah SWT yang menguji rakyat di sana melalui musibah banjir. Hanya dengan kuasa dan ketentuan Allah jua kita bermohon,” katanya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

IRONIKnya sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu pernah memperlekehkan Rejim PAS Kelantan yang didakwa tidak tahu menguruskan pentadbiran Negeri sehingga berlakunya banjir.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Guan Eng ketika rakyat di Negeri Kelantan dilanda banjir besar beberapa tahun yang lalu sebagai tanda retaliasi terhadap PAS yang bertindak keluar dari gabungan Pakatan Haprak yang didominasikan oleh DAPigs!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons