January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Dalam mengulas isu banjir di Pulau Pinang, Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon sempat menyindir Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng ketika berucap di Perhimpunan Agung MCA hari ini.

Menurutnya, imej Lim Guan Eng dibayangkan seperti tokong, berkuasa namun masih perlu mendapatkan bantuan daripada kerajaan persekutuan.

“Kita nampak rakaman video Lim Guan Eng meminta bantuan daripada kerajaan pusat pada awal pagi.

“(Di sebalik) kerajaan macam tokong, dia tidaklah berkuasa seperti yang didakwanya untuk mengatasi masalah banjir,” katanya, memetik laporan Malaysiakini.


video

Justeru timbalan menteri pendidikan itu memberi nasihat kepada Lim.

“Jangan lawan tuhan walaupun kamu seorang yang suci,” katanya disambut gelak ketawa orang ramai,” sindirnya.

Gambar – Malaysiakini

Selepas menyindir, Chong kemudiannya berkata MCA tetap akan berperanan membantu Pulau Pinang.

“Walaupun Lim selalu mengecam kita dalam isu pendidikan Cina – Pemuda MCA dan MCA – kita akan pergi ke Pulau Pinang untuk membantu penduduk di sana,” katanya.

Video : Lim Guan Eng (fb rasmi)



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons