December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Akhirnya Kerajaan Pusat yang dituduh dan dilabelkan dengan pelbagai gelaran hodoh itu jugalah yang diharapkan membantu kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya megah dengan cakap-cakap besar. 

Kenyataan Perdana Menteri bahawa Kerajaan Pusat tidak akan meminggirkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan rakyatnya ekoran banjir besar yang melanda negeri itu, membuktikan bahawa retorik-retorik DAP dan Lim Guan Eng sendiri sebenarnya adalah sesuatu yang sangat jelek. Selama ini mereka hanya pandai bercakap tetapi apabila masalah menimpa, Najib Abdul Razak dan Kerajaan Persekutuan juga yang diharapkan dapat membantu. Kerajaan DAP dan Lim Guan Eng pula, sekadar melalak dan menyalak!!!

Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang serta penyokong-penyokong Lim Guan Eng sedang berhempas pulas untuk memutarbelitkan fakta sebenar tentang bantuan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Pulau Pinang yang sedang berhadapan dengan musibah banjir. 

Pada masa yang sama, beberapa tempat lain di negeri-negeri utara Semenanjung selain Sabah dan Sarawak turut diancam banjir ekoran Taufan Damrey dan taburan hujan yang tinggi. Bagaimanapun, perhatian lebih tertumpu kepada Pulau Pinang kerana cakap besar dan angkuh Lim Guan Eng sebelum ini. 

Janji DAP kononnya jikalau mereka dapat memerintah Pulau Pinang, masalah banjir akan dapat diselesaikan dalam tempoh satu penggal sahaja… dah dua penggal, banjir makin kerap dan makin buruk!

Subuh tadi, jentera propaganda DAP mengeluarkan klip video yang memaparkan wajah sedih Lim Guan Eng yang memaksa-maksa air matanya supaya mengalir yang katanya, terpaksa meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. 

Dengan kata lain, maksud daripada klip video propaganda tersebut ialah, Kerajaan Persekutuan telah mengabaikan rakyat dan penduduk negeri Pulau Pinang. 

Salah seorang Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad dalam satu kumpulan WhatsApp mengeluarkan kenyataan mengecam Kerajaan Persekutuan kerana tidak menghantar bantuan segera kepada Pulau Pinang, sedangkan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Hanya pada jam 3:30 pagi, Lim Guan Eng baru tahu, banjir besar sedang melanda seluruh Pulau Pinang. Baru dia kelam-kabut minta bantuan daripada Kerajaan Pusat yang seringkali dituduhnya pengamal kleptokrasi, tidak cekap, rasuah, bodoh dan pelbagai label buruk lain. 

Sedangkan Kerajaan Pusat telah bersiap-siaga lebih awal berdasarkan maklumat-maklumat daripada pelbagai agensi-agensi perisikan bencana seperti Jabatan Metereologi, MACRES, JPS, JPS, JAS, Jabatan Mineral dan Sumber Asli. 

Ini adalah kerana, Arahan No.20 Majlis Keselamatan Negara menyarankan NADMA dan Majlis Keselamatan Negara mengambil tindakan sebelum berlakunya bencana. 

Jam 1:30 pagi lagi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn dan ATM telah menggerakkan Pasukan Pemantau 509 Askar Wataniah untuk menyalurkan bantuan, sedangkan pada waktu itu, Lim Guan Eng barangkali masih lagi melihat-lihat peta bahagian bukit mana lagi yang boleh ditarah dan dikorek sebelum hanya menyedari banjir di Pulau Pinang pada jam 3:00 pagi. 

Ketika Lim Guan Eng menayangkan muka sedih untuk meminta simpati pada jam 3:00 pagi, pada itu lah, bantuan kecemasan telah mula disalurkan dan Bilik Gerakan Bencana pula mula diaktifkan semenjak jam 4:30 pagi.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons