December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa menjalankan kajian menyeluruh terhadap sistem perparitan sedia ada, pelan pembangunan dan aktiviti menarah bukit dalam usaha mengurangkan kekerapan kejadian banjir.

Pakar Tanah Runtuh, Pengurusan Bencana dan Hakisan Tanah dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Habibah Lateh, berkata langkah itu perlu kerana perubahan bentuk muka bumi akibat aktiviti manusia adalah penyumbang utama kepada kejadian terbabit.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga perlu ada menitikberatkan faktor pembangunan dengan penjagaan alam sekitar bagi memastikan nilai keseimbangan dapat diwujudkan, sekali gus mengurangkan risiko kejadian banjir.

“Kerajaan negeri perlu menitikberatkan semua perkara berkenaan jika benar mahu menyelesaikan masalah banjir di negeri ini. Tambahan, faktor perubahan cuaca juga mampu mengeruhkan lagi situasi semasa di negeri ini.

“Selain itu, faktor tumbuhan yang bersesuaian untuk ditanam di kawasan cerun dan lereng bukit juga perlu diperhebat kerana ia akan mengurangkan faktor hakisan tanah, sekali gus mampu mengukuhkan struktur tanah,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Antara 2013 hingga 15 Oktober lalu, sebanyak 119 kejadian banjir kilat direkodkan di Pulau Pinang, iaitu 22 kali pada 2013; 20 (2014); 26 (2015); 30 (2016) dan 21 kes direkodkan hingga 15 Oktober lalu.

Sementara itu, Perunding Alam Sekitar dan Anggota Perkongsian Air Malaysia (MyWP), Amlir Ayat, berkata pembangunan pesat di Pulau Pinang serta bandar pesat lain mengakibatkan kawasan hijau semakin mengecil.

Keadaan itu menyebabkan sistem perparitan sedia ada sukar menampung limpahan hujan



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons