December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PUNCA berlakunya banjir besar di Pulau Pinang hari ini adalah disebabkan oleh jumlah taburan hujan lebat yang luar biasa tinggi dan menyeluruh di seluruh negeri itu ditambah dengan keadaan air pasang.

Hujan lebat yang turun sejak awal petang semalam diburukkan lagi apabila ia bertembung dengan keadaan air pasang kata Chow Kon Yeow Exco negeri itu yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal banjir.

Menurutnya lagi, sebahagian sungai dan sistem saliran di kawasan tertentu di taman perumahan dan kampung-kampung, tidak dapat menampung jumlah kadar aliran air dari hujan lebat tersebut.

“Jumlah taburan hujan yang luar biasa tinggi dan menyeluruh diterima oleh seluruh negeri Pulau Pinang mulai jam 2 petang, dan bertembung dengan air pasang mulai jam 1 petang,” katanya yang juga Exco Kerajaan Tempatan, pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir dalam satu kenyataan media.

Beliau turut menyentuh sikap orang ramai yang masih lagi membuang sampah ke dalam sungai dan parit utama, dipercayai sebagai punca menambah buruk lagi keadaan.

“Kerajaan negeri melalui JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) akan terus melaksanakan projek-projek tebatan banjir di kawasan ‘hot-spot’ banjir di seluruh negeri menggunakan peruntukan yang baru diluluskan sebanyak RM300 juta,” katanya.

“Kerja-kerja pencegahan dan penyelenggaraan juga akan diteruskan bagi memastikan sistem saliran sedia ada berada dalam keadaan baik,” tambahnya lagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum itu memberitahu catatan bacaan taburan hujan di seluruh stesen pemantauan JPS menunjukkan bacaan taburan hujan yang tinggi sejak pukul 2 petang semalam sehingga pukul 5 pagi tadi.

“Ini jumlah hujan paling tinggi pernah kita lihat dalam masa hanya 15 jam,” kata Lim.

Hujan lebat berterusan itu telah mengakibatkan kesemua lima daerah di Pulau Pinang, mengalami banjir banjir teruk. 22 kawasan di daerah barat daya, 37 di timur laut, 36 di Seberang Prai Utara, 13 di Seberang Prai tengah, dan lima lagi di Seberang Prai Selatan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons