December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Pulau Pinang dilanda musibah banjir sejak semalam. Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng pagi tadi merayu kepada Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi supaya menghulurkan bantuan berbentuk pertolongan ketenteraan kepada mangsa-mangsa banjir.

Ketua Menteri Pulau Pinang kali ini mungkin ikhlas mengalirkan air mata meminta pertolongan. Jangan lupa, Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan negeri Pulau Pinang. Agensi-agensi seperti bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan lain-lain kesemuanya berada di bawah pusat.

Rakyat Malaysia bersimpati dengan Rakyat Pulau Pinang. Kesilapan memilih Kerajaan mungkin penyebab malapetaka ini. Buat Joseph Lim Guan Eng, muhasabah dirilah. Jangan lagi sombong, bongkak, degil dan keras kepala bila masa senang. Yang pasti, Rakyat Pulau Pinang tidak perlukan air mata simpati seperti di bawah.


video

Cakap siang pandang-pandang. Jangan bongkak dan takbur. Masih ingatkah anda sewaktu Joseph Lim Guan Eng menemplak Kelantan kerana banjir? Lihat video di bawah.


video

Nota Kaki – Terkini, cerun tidak stabil (belum runtuh) berlaku lagi pagi ini di Batu Feringgi. Bom jangka ada di mana-mana di Pulau Pinang kesan dari pembangunan tamak.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons