December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SEORANG guru lelaki menghayunkan tangannya sekuat hati, berulang kali ke arah muka dan perut salah seorang anak murid lelaki yang sedang duduk di atas kerusi di dalam kelas.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Tindakan itu nampaknya bukan lagi sekadar untuk mengajar anak murid, tapi sudah seperti nak membunuh.

Apabila datang salah seorang murid lain cuba meredakan keadaan, murid berkenaan pula ditolak ke arah penjuru kelas di bahagian depan, dan dipukul di bahagian perut beberapa kali oleh guru terbabit menggunakan tangan.

Guru itu yang nampaknya masih belum berpuas hati, menyambung semula tindakannya memukul dan membelasah murid pertama tadi. Kali ini dia turut menghayunkan lututnya ke arah perut murid terbabit.

Apabila murid itu cuba menghindarkan diri dari guru yang bertindak ganas itu, dia ditarik kembali sebelum mukanya pula dihentak menggunakan lutut.

Apa yang dapat didengar, murid berkenaan hanya menyebut perkataan seperti, “tahu ustaz,tahu ustaz, tahu ustaz,” berulang kali. Mungkin guru tersebut juga merupakan seorang ustaz (betul ke ustaz? Suara tak berapa jelas).

Kejadian berkenaan berterusan, sebelum murid terbabit terus dipukul dan berlari keluar dari kelas melalui pintu depan bilik darjah. Guru berkenaan terus mengejarnya.

Rakaman video kejadian tersebut yang dipercayai dirakam oleh salah seorang murid di dalam kelas yang sama, menjadi viral di media sosial.

Di bawah ini video yang dimaksudkan.

*** Maklumat tentang masa dan lokasi kejadian sedang diperolehi ***



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons