December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Pendedahan
‘RM9.5 Juta Untuk Shafie’ – JIKA BENAR  – jelas perbuatan tidak bertanggungjawab
 yang akan menggugat dan mengancam sistem
politik dan pentadbiran negara.

Ini  kerana wang yang didakwa disalurkan kepada peguam
kanan Tan Sri Shafee Abdullah sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan
wang peribadi, sebaliknya wang kerajaan.

Pendedahan
oleh Sarawak Report mengaitkan Perdana Menteri mengenai perkara ini pastinya amat
mengejutkan semua pihak.
Wang
yang digunakan itu adalah wang SRC International (SRC) yang dipinjam daripada
dana awam Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang didakwa oleh
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebagai wang yang telah diseleweng.
Bukti
bertulis yang didedahkan Peguam Negara pada 27 Januari 2016 bahawa perdana
menteri telah menerima wang daripada SRC adalah kes prima facie wujudnya salah
laku jenayah pecah amanah oleh perdana menteri.
Perdana
Menteri hingga saat ini tidak menafikan menerima wang tersebut, malahan tidak
pula membayar balik kepada KWAP walaupun telah dibuktikan ianya wang KWAP.
Yang
nyata kini, tiada seorang pun pemimpin UMNO yang berani memberikan reaksi –
selain Datuk Seri Mohd Nazri Aziz – membela Najib memandangkan  bayaran jutaan ringgit itu menimbulkan
pelbagai persepsi negatif terhadap kerajaan dan 
UMNO sendiri.

Nazri yang juga  bekas menteri undang-undang pun ‘lari daripada jawapan sebenar’ sekadar mengatakan tidak tahu bayaran sebenar kepada Shafie.

Apa
sebenarnya kesan daripada pendedahan Sarawak Report ini?
Pertama
ialah kemungkinan sistem politik dan kehakiman di negara ini yang dilihat
terpalit dengan rasuah ‘di siang hari’;
Kedua,
ia membabitkan integriti pihak pendakwaan;
Ketiga,
kebebasan badan kehakiman menjadi tanda tanya kerana Shafee adalah peguam yang
dilantik Peguam Negara terdahulu; dan
Keempat,
jika tiada tindakan, imej dan maruah Malaysia akan terjejas teruk dan kini
sistem keadilan dan kehakiman kita pula akan diseret sebagai satu lagi
kebubrukan negara, selain isu kleptokrasi.
Isu
yang sebegini serius harus disiasat pihak polis dengan sedalam-dalamnya kerana
Shafee mempunyai percanggahan kepentingan dalam kes tersebut.
Paling
penting, pembayaran sebanyak RM9.5 juta kepada Shafie ini menimbulkan spekulasi
negatif kerana dibimbangi boleh mencemar ketelusan dan keadilan keputusan
rayuan tersebut.
Di
pihak rakyat pula, ada yang terkejut tetapi langsung tidak tahu dan tidak mampu
kaitkan kes ini dengan kebejatan Najib.
Di
kalangan rakyat yang lain pula, mereka tahu tetapi kepada siapa mahu diaju dan
ditunjukkan kemarahan mereka;
Ada
sebilangan rakyat yang bertindak membuat laporan polis dan tuntutan siasatan dijalankan.
Sementara
pemimpin yang sudah kenyang dengan dedak Najib akan terus membisu seribu
bahasa.
Mereka
mungkin takut atau berperasaan ‘lantaklah,  biar Najib yang jawab’ kerana ini kes politik
peribadi beliau.
Kita
bangga apabil Ketua ARMADA Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) Syed Saddiq
Abdul Rahman seawal pagi semalam tampil 
membuat laporan polis berhubung dakwaan itu.
Tindakannya
itu mendahului parti pembangkang lain, termasuk PKR yang bekas Ketua Umumnya
menjadi antara individu penting dalam kes ini.
Syed
Saddiq  dengan bernainya menamakan Shafee
Abdullah sebagai peguam yang menerima dana daripada Najib.
Risiko
ini tinggi namun bagi Syed Saddiq, “Semua orang tahu bahawa Shafee adalah
orang kepercayaan Najib dan hadir di rumahnya, ketika mesyuarat dengan Saiful
berlangsung, tetapi bayaran lumayan kepada peguam itu adalah konflik
kepentingan.
“Saya
menyeru orang ramai supaya tampil bersama saya dan membuat laporan polis
mengenai isu ini. Kita harus bersama-sama dan berjuang untuk membersihkan badan
kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan.
Syed
Saddiq berkata walaupun kerajaan mempunyai kuasa untuk melantik seorang
pendakwa raya luaran, namun bayaran hendaklah dikeluarkan oleh pihak kerajaan
dan bukan perdana menteri.
Yang
pasti,  seperti kata timbalan ketua
pemuda AMANAH, Faiz Fadzil,  pendedahan
ini memberikan impak negatif terhadap profesion peguam kerana peguam perlu
bertindak secara integriti dan digniti sepertimana yang termaktub dalam Legal
Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978.
Menariknya
hari ini, Majlis Peguam juga mahu polis menyiasat tanpa rasa takut dan pilih
kasih dakwaan Sarawak Report mengenai seorang peguam terkemuka menerima
RM9.5 juta daripada Perdana Menteri.
Presidennya,
George Varughese menegaskan walaupun masih terlalu awal bagi Majlis Peguam
untuk merujuk peguam itu kepada Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara,
majlis itu perlu mengumpul bukti yang cukup untuk membuktikan Shafie melakukan
salah laku profesional.
Varughese
berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Syed Saddiq semalam yang
menyebut beliau membuat laporan itu demi mengelak sebarang persepsi negatif
terhadap sistem kehakiman Malaysia.
Selain
dakwaan terbaru ini Najib sudah berhadapan dengan kecaman ekoran laporan The
Wall Street Journal pada 2 Julai 2015 mendakwa RM2.6 bilion disalurkan ke dalam
akaun bank peribadi beliau pada Mac 2013.
Bagaimanapun
Najib menafikan sebarang salah laku sambil mendakwa wang itu adalah sumbangan
kerabat diraja Arab Saudi untuk membiayai kempen pilihan raya umum UMNO pada
tahun 2013.
Dengan kedudukan ini selain  adanya laporan oleh Syed Saddiq itu,  polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan
Peguam Negara perlu mengambil langkah segera agar siasatan dapat dijalankan di
bawah pelbagai undang-undang jenayah.
Ini
 termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang
Haram (AMLA) 2001 terhadap semua individu atau organisasi yang telah dibayar
oleh Perdana Menteri daripada wang SRC ini.
Adalah
penting siasatan dibuat bagi memberitahu rakyat bahawa pihak berkuasa mempunyai
tanggungjawab undang-undang dan sosial untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
Malah
hasil siasatan juga akan memberitahu rakyat apakah tuduhan Sarawak Report
itu sengaja mahu mencemar imej Shafie, Perana Menteri dan institusi kehakiman
negara ini?

Benar apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, P Ramkarpal Singh bahawa Kementerian Kewangan boleh mendedahkan bayaran sebenar kepada Shafie .

Dengan kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan meredakan spekulasi, selain menafikan laporan yang dibuat oleh Sarawak Report.

Lagipun sebelum ini Parlimen diberitahu Shafie hanya dibayar RM1,000 untuk berkhidmat di pihak kerajaan yang menyebabkan Anwar dipenjarakan.

Harapkan Perdana Menteri membuka mulut mengenai isu dakwaan salah laku
dalam skandal penyelewengan berskala mega ini?

Ia
sama sekali tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini.
Ia
kerana akan mendedah atau membuka pekong mengenai dirinya yang sudah hilang sifat
akauntabiliti dalam diri beliau sendiri.
Tuduhan
ini juga menggambarkan bahawa Malaysia akan terus berdepan dengan berbagai krisis
kredibiliti, integriti dan maruah seorang Perdana Menteri bernama Najib Razak.

Selagi
Najib berada di kerusinya, akan banyak lagilah maruah negara akan tercalar! 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons