December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membekalkan 30 set janakuasa bergerak ke kawasan banjir di Pulau Pinang.

Dan setakat pukul 10 malam ini, sebanyak 12 daripada set yang dibekalkan itu telah sedia dipasang untuk digunakan.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Distribution Network) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood, atas aspek keselamatan, pihaknya telah turut menghentitugas sementara 38 daripada 4852 pencawang elektriknya di negeri itu atas faktor keselamatan.

“Bekalan akan dipulihkan sebaik keadaan mengizinkan.

“Kami sedang memantau pepasangan di kawasan yang terjejas akibat banjir bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Wan Nazmy berkata, TNB telah turut membantu pasukan keselamatan melakukan kerja pemindahan mangsa-mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan.

“Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454,” kata Wan Nazmy yang turut menambah, orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan aspek keselamatan dan  mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons