December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus





Semakin buruk banjir di P.Pinang … lihat apa  kerajaan DAP buat ?? Selepas tanah runtuh , kini banjir bah paling besar melanda rakyat negeri ini .


 Cakap NGO Penang Forum dan CHANT yang membantah kelulusan projek2 pembangunan mewah yang mengancam alam sekitar  tidak dilayan kerajaan DAP .Sekarang lihatlah kesannya bila hujan lebat tak berhenti-henti .


Dulu semasa October Fest di Penang , bukan main lagi angkuh dan bongkak  Ketua Menteri cakap Penang bukan negeri Taliban kepada umat Islam yang membantah .  


Mungkin inilah  bala musibah menimpa rakyat P.Pinang daripada Tuhan .


Semalam  buat video simpati kononnya minta bantuan kerajaan Pusat melalui TPM untuk selamatkan P.Pinang . Sebelum ini dia lah yang salahkan kerajaan Pusat pasal banjir sebelum ini di negerinya . 




Untuk pengetahuan KM , agensi kerajaan Pusat seperti JPAM , BOMBA  memang tanggungjawab kerajan Pusat dan sudah turun membantu dalam banjir ini . 































GEORGE TOWN: Hujan lebat sejak jam 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di  bandar raya George Town dan Seberang Perai dinaiki air.

Di George Town, antara kawasan terlibat ialah Kampung Masjid, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson, Halaman Bukit Gambir dan beberapa kawasan lain.

Menurut laporan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut, paras air sungai di Sungai Pinang, Sungai Air Itam dan Sungai Dondang mencecah paras bahaya dengan masing-masing mencecah 2.83 meter, 6.58 meter dan 21.88 meter.

Tinjauan di sekitar Jalan P. Ramlee mendapati rumah penduduk di kawasan itu dinaiki air.


Manakala gerai di sekitar Astaka Jalan Perak juga dilaporkan dinaiki air menyebabkan sebahagian besar peniaga tidak dapat beroperasi kerana bimbang air semakin meninggi.

Beberapa batang jalan, antaranya Jalan Magazine, Lebuhraya Mayang Pasir dan Jalan Sungai Pinang ditutup sementara.

Selain itu, kejadian runtuhan bongkah batu dilaporkan berlaku di Jalan Tun Sardon namun difahamkan tiada lorong terhalang dan lalu lintas masih dibuka kepada pengguna.

Sementara itu, di Seberang Perai Tengah (SPT), lebih 20 kawasan dinaiki air termasuk Taman Siakap, Permatang Rawa, Taman Senangin dan Padang Lalang.





Laporan dikeluarkan JPS Daerah SPT menunjukkan, banjir berpunca daripada hujan lebat yang berterusan serta paras air sungai tinggi yang bertembung dengan kejadian air pasang, menyebabkan limpahan air berlaku dengan cepat.

Selain itu, sistem perparitan kampung dan taman yang dipenuhi sampah sarap menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik dan melimpah.

Turut dinaiki air ialah beberapa kawasan di Seberang Perai Utara (SPU) iaitu di Mak Mandin, Taman Bagan dan Taman Cantek yang melibatkan 10 buah rumah.

Sehingga jam 6 petang, tiada mangsa yang dipindahkan.

Pada September, hujan lebat yang berterusan menyebabkan beberapa kawasan sekitar George Town dinaiki air pada ketinggian antara 0.2 dan 0.3 meter.

Antara yang turut terjejas ialah di Bayan Baru, Bayan Lepas, Sungai Pinang, Batu Feringghi, termasuk beberapa kawasan di Seberang Perai.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons