December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


ORANG ramai hari ini meluahkan rasa kecewa di laman sosial Facebook, selepas mendapati aplikasi WhatsApp tergendala dan tidak dapat digunakan dalam urusan harian mereka.

Sekiranya anda tidak dapat menggunakan aplikasi WhatsApp hari ini, jangan betulkan telefon atau sambungan Internet anda, kerana anda tidak keseorangan, difahamkan ribuan orang lagi turut mengalami masalah yang sama.

Jika kita pergi kepada pilihan “help” pada aplikasi WhatsApp, seterusnya memilih untuk menghubungi pihak penyedia aplikasi itu terdapat pemberitahuan di situ yang memaklumkan tentang gangguan perkhidmatan.

“Perkhidmatan kami mengalami masalah pada waktu ini. Kami sedang menyelesaikannya dan berharap dapat mengembalikan fungsinya dengan cepat. Maaf atas kesulitan,”  tulis pemberitahuan itu.

Sebuah laman web downdetector.com yang mengesan perjalanan operasi sesebuah laman sesawang menerima lebih 1,100 aduan tentang WhatsApp sekaligus menunjukkan ramai orang yang mengalami masalah sama berkaitan gangguan aplikasi WhatsApp.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons