December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PADANG BESAR 6 Nov. – Polis membongkar kegiatan licik seorang bekas jurutera mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang menjadikan benua Eropah sebagai pasaran serbuk ketum yang dihasilkan sendiri sehingga melibatkan transaksi ke akaunnya berjumlah RM209,921 dari Januari hingga Oktober lalu.

Ketua Polis daerah, Superitenden Ghazani Abdul Ghani berkata, suspek berusia 42 tahun yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik dari sebuah institusi pengajian awam ini telah ditahan kira-kira pukul 4 petang pada 2 November lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kaki Bukit, Kampung Alor Sena, Paya dekat sini.

“Semasa serbuan itu, turut dirampas sebuah kotak khidmat pos laju mengandungi 30 peket plastik lutsinar berisi serbuk ketum dan sebuah lagi kotak mengandungi 22 peket plastik lutsinar yang berisi bahan sama,” katanya semasa sidang akhbar di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Ghazani berkata, suspek telah ditahan reman selama empat hari yang berakhir hari ini, dan telah disambung lagi sehingga 9 November ini untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Tambah beliau, suspek yang menggunakan perkhidmatan pos laju itu telah mengisytiharkan serbuk ketum itu sebagai ‘serbuk inai rambut’. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons