December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Rabu lepas, bekas menteri kewangan kedua yang melepaskan jawatannya pada tahun lepas, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mendakwa Anwar “terlibat” (meliwat) dengan anak saudaranya semasa mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di persidangan parlimen. 

Jangan ikut 6 kuda. Kenapa jangan ikut 6 kuda. Kalau satu-satu parti ada 6 pemimpin yang berbeza pemikiran. Perkara utama tidak akan mampu diselesaikan.

Anda kenal siapa Dr Mahathir? Saya tahu. Saya Menteri Kewangan II. Saya tahu apa yang berlaku masa beli Pos Malaysia, di Perwaja. Saya tahu. Awak ingat dia akan mendengar (cakap) anda. Tidak. 

Anda tahu siapa Muhyiddin. Anda tidak tahu, tetapi saya tahu. Anda tahu siapa Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim, saya tinggalkan dia. 

Selepas dia berhenti jadi Timbalan Perdana Menteri, saya bantu dia, pergi ke Bukit Damansara. Untuk 10 hari saya memerhatikan dia. Saya katakan tidak. Bila dia terlibat dengan liwat. Dia terlibat dengan anak buah saya (tak dijadikan kes). 

Saya pergi ke Jordan, saya baca kitab, kalau orang terlibat dengan liwat dilaknati Allah dan kesemua populasi akan menerima balasan seperti di Sodom (negara lama),” katanya di dalam Dewan Rakyat. 

Ahmad Husni yang juga ahli parlimen Tambun ketika itu sedang berucap mempertahankan pentadbiran Najib Razak yang akan membawa halatuju negara kepada sifar rasuah dan meluahkan kenyataan tidak akan mempercayai pembangkang.


video

Dalam satu kenyataan balas terhadap dakwaan Ahmad Husni itu, PKR hari ini mencabar agar bekas menteri itu mengulangi kenyataan tersebut di luar dewan dan membuktikan dakwaan (liwat) itu benar-benar berlaku. 

Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) berkata sekiranya benar tuduhan itu, bekas menteri kewangan itu harus membuat laporan polis terhadap Anwar dan bukannya berdiam diri. 

“Tambun, kamu buat kenyataan itu di luar Dewan Rakyat, bahawa anak saudara diliwat Anwar Ibrahim. Saya ajak kawan-kawan untuk buat laporan qazaf. 

Jika dia tidak boleh buktikan liwat itu, kita akan ambil tindakan terhadap dia,” kata Johari di Dewan Rakyat hari ini.

Johari turut membidas Husni kerana membuat tuduhan terhadap bekas ketuanya dan kawan-kawannya kerana hendak mendapatkan kembali kedudukannya. 

“Pada minggu lepas dia buat pusingan U sokong Pekan (Datuk Seri Najib Razak), sokong Kerajaan Persekutuan. Itu tidak mengapa, biasalah sebagai ahli Parlimen, tetapi dia mengeluarkan kata kesat terhadap bekas perdana menteri, Dr Mahathir dan juga bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin dan Anwar Ibrahim. 

“Kalau nak buat pusingan U, sokong perdana menteri sokonglah. Tetapi hendak dapatkan kedudukan balik dengan menghentam kawan-kawan ini suatu yang tidak manis,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim, Wan Azizah berkata bekas Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah tidak seharusnya menuduh seseorang tanpa bukti kerana ia mencemar maruah orang yang dituduh.

“Kamu menuduh seseorang dengan menamakannya, teruskanlah. 

Dalam Islam ia adalah qazaf. Tapi kamu tak boleh tuduh seseorang itu tanpa bukti kerana ia melibatkan reputasi individu itu dan harga diri. 

“Dan ia juga berkaitan dengan keluarga saya. Kami telah melaluinya (tuduhan) selama 20 tahun. Saya rasa tak adil bagi seorang yang pernah berpangkat menteri mengeluarkan kata-kata sedemikian,” katanya kepada pemberita di parlimen hari ini. 


video



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons