December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KELAB bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan para pemain membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang dimenangi tempoh hari kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.

Perkara itu disampaikan oleh Presiden Kelab JDT, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim melalui satu kenyataan yang disiarkan oleh halaman Facebook Johore Southern Tiger.

“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan seperti mana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.”

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus Melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk membeli duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangis kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.” tulis kenyataan itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons