December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Adalah amat memalukan apabila ada ahli politik negara yang begitu dengkel dan bangang mendakwa bahawa pelaburan berbilion dolar di AS jelas menunjukkan Malaysia terlalu tunduk kepada kuasa asing.


Kenyataan murahan ini dinyatakan oleh Azmin Ali PKR. Media juga melaporkan bahawa Azmin juga berkata, perbezaan antara Anwar dan Najib ketika berkunjung ke Rumah Putih ialah bekas ketua pembangkang itu membawa suara rakyat, bukannya wang rakyat.

“Anwar juga dihubungi Rumah Putih dan bertemu dengan Naib Presiden AS (ketika itu), Al Gore.”

“Anwar pergi bawa suara rakyat Malaysia, bukan melutut dan bukan bawa duit rakyat. Dia (Anwar) bawa suara sahaja dan kita ada ketegasan dan ada prinsip, kita tidak tunduk kepada kuasa besar, kita sebagai sebuah negara berdaulat, bermaruah, kita tidak tunduk,” kata Azmin.

Begitu hina sekali permainan politik puak pembangkang yang cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

Sejarah membuktikan bahawa Al-Gore telah masuk campur dalam hal ehwal negara Malaysia apabila menggunakan Sidang Kemuncak APEC 1998 di Kuala Lumpur untuk menyerang kerajaan sebuah negara yang berdaulat dan bermaruah.

Anwar Ibrahim yang telah meminta bantuan Al-Gore dan seorang lagi pemimpin Yahudi bernama Paul Wolfowitz untuk menggunakan pengaruh mereka untuk menekan kerajaan Malaysia.

Kedua-dua Zionis ini turut menggesa Amerika Syarikat agar campur tangan dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung ketika itu. Anwar di Amerika Syarikat untuk kepentingan diri beliau bukannya suara rakyat.

Penulis tidak mahu mengulas tentang kononnya ‘pelaburan berbilion dolar di AS jelas menunjukkan Malaysia terlalu tunduk kepada kuasa asing’ kerana ianya satu tuduhan yang terlalu bodoh dan tidak masuk akal.

Wang KWSP sebanyak US$3 ke 4 billion di dalam projek pembangunan semula infrastruktur US adalah sebagai satu pelaburan yang diharap dapat memberi keuntungan kepada KWSP. Wang itu bukan diberikan begitu sahaja kepada kerajaan Amerika.

Malah sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad sendiri telah menyarankan agar KWSP perlu memperbanyakkan pelaburan ke luar negara bagi membolehkan para pencarumnya menikmati pulangan yang lebih tinggi malah ia dilaksanakan ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Kalau disimpan di sini umpamanya dalam Bank Negara Malaysia, kalau wang itu tidak digunakan, bank tersebut sudah tentu tidak dapat membayar faedah ke atas simpanan tetap itu.

“Jadi dengan wang yang begitu banyak, saya fikir KWSP harus melabur ke luar negara untuk menambahkan pendapatannya,” katanya.

Pelaburan luar negara oleh KWSP mewakili 29 % aset pelaburan total tetapi menyumbang 39 % daripada pendapatan pelaburan kasar KWSP. Jelas bahawa ianya menambah nilai kepada pulangan keseluruhan pelaburan KWSP.

Jumlah perdagangan Malaysia adalah RM1.008 trilion, melepasi paras satu trilion pada Januari-Julai 2017 dan berkembang 22.7% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016.

Manakala perkembangan ini disokong terutamanya oleh perdagangan ASEAN, China, Jepun, Kesatuan Eropah, India dan Amerika Syarikat

Anda baca juga artikel ini : https://novandri.blogspot.com/2017/09/najib-jumpa-trump-jawapan-kepada-fitnah.html

Sumber :

1. http://www.matrade.gov.my/ms/
2. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/16/azmin-kami-tak-cemburu-tapi-kenapa-perlu-melutut-as/
3. http://klxpress.com.my/editorial/27021-pelaburan-kwsp-luar-negara-membawa-menafaat-tun-mahathir.html

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons