December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Ketika DAP sedang kuat berkempen untuk Perhimpunan Rakyat pada 14 Oktober ini dengan berslogankan anti rasuah, anti kleptokrasi, anti GST, anti 1MDB dan anti kezaliman, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pula mengingatkan Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa, tentang Laporan Kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut yang telah dijanjikannya. 

Laporan bernilai RM305 juta itu sepatutnya telah pun diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya untuk menukarkan ‘projek terowong kepada jambatan ketiga’. April lepas, Lim Guan Eng meminta tempoh selama 6 bulan lagi setelah cakap-cakap besar dan angkuhnya terbukti cubaan untuk menutup penipuan dan pemerdayaan. 

“Saya telah beritahu dia, Kementerian tidak boleh meluluskan (projek) ini hanya berdasarkan surat dua muka surat dan telah meminta mereka menghantar kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk lengkap tentang tiga batang jalan dan terowong yang nilai fi konsultansinya sahaja RM305 juta,” kata Fadillah. (RUJUK SINI

Di sebalik pelbagai janji yang ditabur, sehingga kini Lim Guan Eng tidak menghantar walau satu pun kajian yang dikatakannya sudah 83% siap itu. Laporan itu sepatutnya telah disiapkan pada penghujung tahun lepas sebelum Lim Guan Eng meminta penangguhan sehingga Mac dan kemudian 6 bulan lagi. 

“Saya rasa pelik kerana projek tersebut telah pun dianugerahkan pada April 2013,” kata Fadillah lagi. Walau bagaimanapun, tiada satu pembinaan pun telah dibuat atau dimulakan memandangkan laporan bernilai RM305 juta itu belum disiapkan. 

Sesuatu yang amat menarik sebenarnya!

Ketika di Sabah, SPRM sedang mengheret beberapa orang pemimpin utama sebuah parti politik kerana terlibat dalam penyelewengan dana yang sepatutnya digunakan untuk kemudahan infrastruktur masyarakat luar bandar, di Pulau Pinang pula, Lim Guan Eng dan DAP sedang sibuk untuk cuba mengalihkan perhatian dengan menukarkan diri mereka sebagai PENYELAMAT MALAYSIA tanpa mahu menyebut ke mana dana-dana rakyat telah dihilangkan tanpa projek-projek bernilai tinggi itu dilaksanakan. 

Keadaan yang sama juga berlaku di Sabah apabila pemimpin-pemimpin berkenaan sibuk melaung-laungkan anti-Rasuah dan anti penyelewengan, dan konon-kononnya mereka berjuang mahu menyelamatkan rakyat Sabah, namun ternyata mereka tidak mampu menjawab, mengapa lebih RM100 juta yang sepatutnya digunakan untuk masyarakat luar bandar Sabah, berada dalam simpanan mereka. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons