January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ALOR SETAR 6 Nov. – Daripada cuma kira-kira 2,000 orang semalam, mangsa banjir di negeri ini kian meningkat dengan 2,790 mangsa daripada 752 keluarga sudah pun dipindahkan di 29 pusat pemindahan sementara di enam daerah yang dibuka sejak tengah malam kelmarin.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri, Lt. Kol. Mohd. Zul Khairi Shamsuddin berkata, Daerah Kuala Muda merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dengan 1,348 mangsa daripada 371 keluarga kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara.

“Di Kulim terdapat 1,105 mangsa dari 279 keluarga berlindung di 10 pusat pemindahan sementara manakala di Yan terdapat dua pusat pemindahan dibuka melibatkan 164 mangsa dari 45 keluarga.

“Selain itu, di Pendang terdapat 34 mangsa dari lapan keluarga berpindah ke pusat pemindahan sementara dan di Baling juga hanya satu pusat pemindahan sementara dibuka melibatkan 25 mangsa dari enam keluarga,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini terdapat 13 pusat pemindahan sementara yang ditutup kerana keadaan banjir di sesetengah kawasan  semakin pulih. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons