December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


BUTTERWORTH 5 Nov. – Mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) meningkat kepada 3,371 orang pada pukul 8 malam ini berbanding 2,709 mangsa petang tadi.

Mereka terdiri daripada 765 keluarga yang kini berada di 15 pusat pemindahan banjir dengan jumlah mangsa teramai di Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah dengan 690 mangsa.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, selain itu antara pusat pemindahan dengan mangsa teramai adalah SK (Agama) Labuh Banting seramai 510 mangsa daripada 114 keluarga, Sekolah KAFA Kubang Menerong (438 orang) dan Dewan Masjid At Taqwa, Mak Mandin (295 orang).

Menurut Noorzainy, pihaknya kini ditugaskan 24 jam bagi memantau keadaan dan akan bertindak segera apabila diperlukan.

“Kita terus memantau keadaan ini dan berharap semuanya akan pulih dalam tempoh masa segera selain kita juga akan memberi bantuan kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang terkandas esok,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons