December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Hahaha!!! Kelakar juga cara Si Ambiga ni menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat sejak beberapa hari lepas. Mungkin ubat pelali dia masa sakit mulut hari tu belum habis lagi.

Maka sebab itu dia mula bercakap tak tentu arah dan mendakwa kononnya pendedahan pengasas mazhab Sarawak Report yang dianuti Pakatan Haprak tu sebagai serangan peribadi.

Namun malangnya, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ambiga, dia tidak menafikan mahupun mengakui sama ada dia merupakan sumber kepada Si Rewcastle itu berhubung isu 1MDB.

Sebaliknya, Si Ambiga tu membuat dakwaan kononnya penglibatan dia dalam prosiding mahkamah yang sedang dihadapi oleh Rewcastle itu sebagai satu perkara yang sungguh ajaib.

Bekas Pengerusi Bershit itu tampil membidas pihak yang menyelarnya berikutan namanya disebut dalam prosiding mahkamah, susulan kenyataan balas yang dibuat oleh Rewcastle-Brown.

Ambiga berkata, di dalam kenyataan balas tersebut, namanya hanya disebut pada dua perenggan, namun diberi tumpuan begitu meluas di Malaysia dan disifatkan sebagai sangat luar biasa.

“Mengikut Mahkamah UK, mana-mana permintaan (tuntutan) dokumenn atau maklumat perlu dibuat. Tindak balas terhadap tuduhan serius terkandung di dalam pembelaan dan tuntutan balas perlu dikemukakan. Lagipun, perbicaraan di UK dan bukan di Malaysia.

“Adalah sangat janggal, mereka mahu jalankan perbicaraan mini atau pendakwaan di Malaysia berdasarkan dua perenggan pembelaan menyebut nama saya,” katanya.

Yang herannya, kenapa pulak Si Ambiga tu nak berasa pelik dengan desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak pada ketika ini sehingga dia meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal?

Bukan ke perkara itu satu benda yang tidak asing dan sering diamalkan oleh puak Pakatan Haprak kesayangan Si Ambiga tu selama hari ini? Takkan baru hari ini dia anggap ianya luar biasa?

Kot masa DOJ buat dakwaan terhadap 1MDB sebelum ini, bukan ke puak Pakatan Haprak tu juga yang sibuk mendesak agar YAB Perdana Menteri memberikan penjelasan secara terbuka?

Jadi, apa bezanya dengan kali ini? Rakyat hanya sekadar mahu menuntut penjelasan, sama ada betul atau tidak Si Ambiga tu terlibat mendedahkan isu 1MDB itu kepada Rewcastle. Itu sahaja. Bukannya suruh dia meroyan macam orang gila dalam longkang!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons