December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kini masa terbaik untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  menilai dan berfikir secara mendalam bentuk kerjasama di kalangan pembangkang.

Apakah PPBM menyertainya dalam satu organisasi Pakatan Haraoan (PH) berkenaan atau hanya persefahaman untuk
berdepan pilihan raya.

Selepas PAS mengambil
keputusan untuk menjadi ‘Kuasa Ketiga’ sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR)
pula membuat beberapa kenyataan keras terhadap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir
Mohamad, kepimpinan tertinggi PPBm wajar menilai di mana ‘dirinya perlu
ditempatkan’.
PPBM lahir daripada
perjuangan untuk membela rakyat yang 
tertindas oleh sistem pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang memberikan
tumpuan kepada kepentingan segelintir pemimpin tertentingginya, khususnya di
kalangan pemimpin UMNO.
Malah, PPBM lahir akibat
daripada pemecatan dua pemimpin penting UMNO – Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Ahli
Majlis Tertinggi UMNO, – bukan kerana merajuk atau cuba menjadi ‘juara’ di
pihak lawan pada awalnya.

Kedua-duanya masing-masing Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah.

Malah gandingan mereka
bersama bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mahathir,
mempunyai kekuatan tersendiri. Kedudukan ini sewajarnya diberikan penghormatan yang
tinggi,  bukan untuk dijadikan ‘belasahan ‘ oleh pemimpin pembangkang, termasuk di
kalangan yang masih berhingus!
Keyakinan rakyat berbagai
kaum serta daripada penyokong berbagai parti tidak sewajarnya meletakkan Dr Mahathir atau juga Muhyiddin, sebaris dengan pemimpin parti pembangkang
lain yang tidak ada pengalaman memerintah negara, kecuali mungkin sebuah negeri
atau peringkat parti sahaja.
Begitu juga dengan  pemimpin PAS, Dr Mahathir dan Muhyiddin sewajarnya dihormati dan berkedudukan lebih tinggi, waima Presiden
PAS sekalipun yang hanya pernah menjadi Menteri Besar Terengganu – itupun lima
tahun yang kemudiannya dikalahkan oleh BN.
Amat nyata pemimpin
pembangkang lain tidak menghormati pengalaman pemimpin PPBM dan hanya kerana PPBM bersetuju
menjalin persefahaman dengan mereka, Pengerusi dan Presiden PPBM boleh
‘dibelasah’ sesuka hati, termasuk oleh pemimpin-pemimpin muda yang baru tiga
empat tahun terlibat dalam politik.
Kenapa PPBM membiarkan Tun
Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin sengaja diperlekeh dan kadang kala ‘dihina’
sebegitu rupa?

Tidak kiralah apa kesnya tetapi dengan PAS, PKR atau juga DAP membiarkan pemimpin bawahan mengkritik pemimpin atasan PPBM, apakah parti-parti berkenaan merasakan mereka mendapat sokongan sepenuhnya rakyat jika bersendirian dan merasakan kehadiran Dr Mahathir
akan merugikan mereka?

Sedangkan – bukan mahu
bercakap besar – mereka perlukan pemimpin PPBM, khususnya Dr Mahathir untuk
menarik kedatangan pengunjung atau penyokong pada majlis anjuran pembangkang
dan bukti-bukti pada majlis parti lawan seperti PKR dan AMANAH, sama ada di
Selangor atau Kelantan, atau di mana-mana sahaja adalah contoh terbaik.
Apakah aka nada ramai
pengunjung atau kedatangan orang ramai jika hanya dengan kehadiran Presiden PKR
atau AMANAH pada majlis ceramah atau penerangan anjuran mereka, jika tanpa
kedatangan Tun Dr Mahathir?
Malah Dr Mahathir
dijadikan tumpuan oleh parti lawan untuk mengunakan beliau sebagai ‘daya
penarik’ kepada pengunjung pada majlis-majlis di mana-mana sahaja dan
kadangkalanya untuk program PPBM sendiri, bekas Perdana Menteri itu tidak
berkesempatan.
Hal ini tidak boleh
dinafikan oleh mana-mana parti pembangkang, termasuk DAP sendiri!!!
Kenyataan Ketua Pemuda
PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad kelmarin yang mengatakan pakatan antara parti itu
dengan bekas Dr Mahathir sebagai menyebabkan atau punca mengucar-ngacirkan ramai ahli parti PKR sewajarnya tidak dibuat secara terbuka.
Apakah dalam kedudukan di
mana semua pihak sedang berunding, Nik Nazmi pada ucapan dasarnya di kongres
Belia PKR kelmarin wajar dengan lantangnya mengatakan sedemikian?
Malah, Nik
Nazmi seperti mendapat ‘lampu hijau’ daripada kepimpinan tinggi parti itu
mengatakan, “ia merupakan satu peluang yang baik untuk parti menunjukkan kepada
bekas Perdana Menteri itu bagaimana keputusan boleh dibuat dengan mencapai kata
sepakat”.
Memanglah rundingan untuk
kerjasama adalah sesuatu yang rumit, namun wajarkah ia dibuat oleh pemimpin
pemuda sesebuah parti terhadap Pengerusi sebuah parti lain yang mahu dijadikan ‘rakan
seperjuangan’ menentang kebobrokan UMNO/BN dalam pilihan raya dengan cara itu?
Kenyataan seolah-olah mahu
mengajar Dr Mahathir mengenai apa itu ‘rundingan yang rumit dan berprinsip’
yang perlu dilalui sebelum membuat keputusan bersama-sama.
Apakah sebagai Perdana
Menteri sebelum ini, beliau tidak pernah melalui proses perundingan yang rumit? Apakah
rundingan dalam negara dan antarabangsa melalui berbagai organisasi dunia sesuatu yang tidak pernah
dilalui oleh Dr Mahathir.
Kerana itulah penulis
merasakan ada hadnya PPBM ‘merendahkan kedudukannya’ untuk mencapai kata
sepakat dalam kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.
Kita faham bukan mudah
untuk mencapai persefahaman, khususnya kerjasama dalam PH tetapi
tidak bermakna PPBM boleh membiarkan pemimpinnya ‘dilanyak’ dan ‘dibelasah
sebegitu rupa’.
Apakah PPBM tidak
mempunyai kekuatan tersendiri?
Apakah kerana PKR ada 30
kerusi yang dimenanginya atau parti-parti lain juga ada kerusi di Dewan Rakyat
sementara PPBM hanya ada satu kerusi sahaja, PPBM berada dalam keadaan yang
terlalu terdesak dan  sanggup membiarkan dirinya
diperlekehkan sedemikian rupa.
Isunya, apakah pemimpin
selain 3M (Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz) membuat kenyataan bersifat politik menghentam pemimpin dan parti
pembangkang lain seperti dilakukan oleh pemimpin bawahan dalam PKR dan PAS?
Memanglah PPBM perlukan
kerjasama dengan semua pembangkang untuk tumbangkan UMNO/BN. Namun, jika sampai
pemimpin utama parti boleh dibelasah dan ‘dikritik secara terbuka’, ia bukan
suatu perkara yang  wajar dilihat dengan
sebelah mata.
Pemimpin PPBM perlu
menilai kerjasama bagimana sepatutnya dengan PKR, AMANAH atau juga DAP.
Perlukah berada di dalam PH atau hanya ‘+ PH’ atau persefahaman lain agar
kerusi tidak bertindih dan sama-sama berjuang demi pembangkang.
Dengan kedudukan di mana
kerusi  masih dirundingkan, logo serta
manifesto belum dimuktamadkan, masa masih untuk menilai sejauh mana kerjasama
wajar dibentuk.
Kerjasama dan rundingan
tidak boleh diasaskan di atas kesombongan kononnya sudah kuat dengan kedudukan mempunyai kerusi di Dewan Rakyat. Itu senario selepas PRU-13.
Realiti berdepan PRU14
adalah berlainan dan sentimen rakyat sudah berubah, apalagi dengan kehadiran
PPBM yang pastinya akan memberikan saingan sengit kepada ketua BN, iaitu UMNO.
Kerana itu PKR, AMANAH,
DAP dan juga PAS perlu melihat dan meneliti senario baru ini,  bukan berasaskan
kepada sejarah PRU lalu.
Hanya yang bijak menilai
situasi semasa dan masa hadapan sahaja akan mampu membaca
kemungkinan-kemungkinan dalam PRU14.

Contohnya jika UMNO masih
dengan ‘Dulu, Kini dan Selamanya’, bagi PPBM pula yang tinggal hanya ‘Dulu…’
kerana ‘Kini dan Selamanya’ berada pada senario politik yang baru.

Paling penting, semua rakyat memerlukan semangat dan perjuangan baru untuk menumbangkan BN yang menuntut tindakan ke arah ‘Berani Berubah’.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons