December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH
ALAM : Ahli Dewan Negeri (ADN) Barisan Nasional Sungai Burong,
Dato’ Mohd Shamsudin Lias memuji komitmen pentadbiran negeri
memperkenalkan skim khusus insurans kepada petani dan pesawah seluruh
negeri.

Beliau berkata, pelaksanaan Skim Insuran Pesawah diumumkan
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam Belanjawan 2018
lalu itu memberi manfaat besar buat petani.

“Sebagai
seorang yang lahir sebagai anak tadi, saya rakamkan terima kasih atas
kelulusan untuk memberikan (skim ini) terhadap pesawah yang membanting
tulang yang mengeluarkan peluh untuk menghasilkan padi.

“Mereka
telah diberikan pembelaan, walaupun di peringkat Persekutuan ada (juga)
bantuan disalurkan dan Kerajaan Negeri turut memperkenalkan insurans,
jelas golongan ini dapat bantuan apabila mereka turut diinsurankan,”
katanya ketika berbahas di Dewan Negeri Selangor (DNS) petang ini.

Bagaimanapun
katanya, pelaksanaan skim berkenaan perlu diperluas bagi membolehkan
golongan nelayan negeri turut menerima manfaat sama untuk tempoh akan
datang.

Terdahulu, Kerajaan Negeri turut memfokuskan tanggungjawab
berkebajikan untuk membantu pesawah seluruh negeri, menerusi pengumuman
Skim Insuran Pesawah secara percuma.

Pelaksanaannya melibatkan 10,000 petani dengan peruntukan RM3 juta.

Melalui
skim berkenaan, pesawah akan menerima manfaat perubatan, perlindungan
akibat hilang upaya kekal atau menyeluruh dan juga infaq kematian.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons