December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terus mendesak kerajaan Selangor
pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali melaksanakan pendidikan
percuma di semua institusi pengajian tinggi di bawah seliaan negeri itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Zohdi
berkata pelaksanaan pendidikan percuma perlu memandangkan rakyat
Selangor dahagakan janji pilihan raya yang dibuat sebelum ini oleh
kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Bajet Pakatan Harapan sering menceritakan soal pendidikan percuma,
tetapi saya mahu bertanya adakah bajet kali ini mempersoalkan apa yang
berlaku kepada dua institusi pendidikan kerajaan negeri sedia ada.

“Saya ingat menerusi Buku Jingga pada tahun 2013, mereka meuar-uarkan
memberi pendidikan percuma namun selepas berjaya perintah negeri satu
pendidikan pencuma tidak diberikan.

“Kerajaan (negeri) ada Unisel dan KUIS, mengapa tidak diperjuangkan
kedua intitusi ini dengan diberi pendidikan percuma terlebih dahulu?

“Jika tidak, pada saya omong-omong kosong seperti dongeng mereka,”
kata Budiman ketika sesi perbahasan pembentangan Bajet Selangor 2018 di
sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Selain itu, Budiman menambah soal pendidikan percuma juga langsung
tidak disebut dalam Bajet 2018 Selangor yang dibentangkan baru-baru ini.

Bagaimanapun, ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari bangkit mempertahankan
kerajaan negeri dengan menyatakan bahawa pendidikan percuma hanya akan
dilaksanakan jika HARAPAN menawan Putrajaya.

“Adakah yang berhormat sedar pendidikan adalah (tanggungjawab)
persekutuan dan negeri tidak ada kuasa penuh dalam pendidikan di
Selangor,” kata Yaakob.

Mengulas lanjut, Budiman yang juga anggota parlimen Sungai Besar
meminta kerajaan Selangor tidak menjadikan soal pendidikan sebagai modal
politik semata-mata.

“Soal pendidikan pencuma ini jangan jadikan mainan politik, jangan
jadikan pendidikan seperti janji politik. Kerana rakyat negeri ini
dahagakan pendidikan percuma,” tegas Budiman.

Sebelum ini, tuntutan agar Selangor melaksanakan pendidikan percuma
turut disuarakan oleh gabungan NGO Malaysia yang dipengerusikan oleh
Datuk Seri Jamal Yunos.

LIHAT VIDEO DI SINI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons