December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan Kemudahan Bantuan Bencana berjumlah RM500 juta untuk mengurangkan beban kewangan dan membantu memulihkan operasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri di utara Semenanjung.

Menurut BNM, di bawah kemudahan itu, perniagaan yang terjejas boleh mendapatkan pembiayaan pada kadar yang lebih rendah daripada mana-mana bank perdagangan, bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM.

“BNM akan menyediakan jaminan sebanyak 60 peratus untuk pembiayaan yang diperoleh melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas bank pusat itu, perusahaan perniagaan yang memerlukan bantuan boleh mengemukakan permohonan kepada mana-mana institusi kewangan peserta dan terbuka untuk permohonan mulai esok sehingga 31 Mei 2018.

“Institusi kewangan juga telah memberikan komitmen untuk memberikan keutamaan tertinggi kepada semua permohonan bantuan daripada pelanggan yang terjejas akibat banjir,’’ kata BNM.

Menurut BNM lagi, ciri-ciri utama kemudahan Bantuan Bencana:

• Disediakan untuk PKS milik warganegara Malaysia yang terjejas di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir.

• Jumlah pembiayaan maksimum sebanyak RM500,000 bagi setiap kumpulan syarikat.

• Pembiayaan adalah untuk tujuan pembaikan atau pembelian aset bagi menggantikan aset yang rosak akibat banjir, serta untuk modal kerja.

• Kadar pembiayaan efektif ialah sehingga 2.25 peratus setahun.

• Tempoh pembiayaan adalah sehingga lima tahun, dengan tempoh penangguhan bayaran balik selama enam bulan.


“Orang ramai boleh menghubungi terus pusat perhubungan pelanggan institusi kewangan mereka untuk pertanyaan, bantuan atau menghubungi Telelink BNM di 1-300-88-5465 untuk maklumat lanjut,” kata BNM. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons