December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Ketibaan YB Ustaz Dato’ Nik Amar seorang diri tanpa iringan dengan hanya berjalan kaki mengejutkan para hadirin walaupun jarak dari kediaman beliau lebih kurang 200 meter namun cukup menampakkan kewibawaan beliau sebagai anak jati Kampung Panchor serta rendah diri. Ha! Ha! Ha!




Inilah satu-satunya rumah rakyat yang dibina selama mana Nik Amar menjadi Adun Panchor.

Rumah berkeluasan 12′ x 12′ inilah penanda aras kepada kebajikan yang dibuat kepada rakyat Kelantan.

Peruntukkan rumah dhuafat yang disebutkan ialah sebanyak RM 123,000 setahun. Anggaran kos untuk bina rumah dhuafat seperti di atas itu adalah RM 5,000 seunit. Dengan peruntukkan itu sebanyak 24 unit rumah dhuafat mampu dibina setiap tahun. Di mana lagi rumah-rumah dhafat ini dibina ?

Tak padan nak tampal, malu kokram, ni kalau boleh cop atas dahi ni dia nak cop agaknya. Namun memadaikah menjadi wakil rakyat sudah lebih 15 tahun hanya bina sebuah rumah rakyat bernilai RM 5000 ?

Dimana bukti terbina rumah dengan peruntukkan sebanyak RM123,000 ?

Itu tak soal peruntukkan lain-lain skim lagi, kira cincai ambil yang mudah nampak je dulu..Takkanlah gambar-gambar bodoh seperti dibawah boleh di – upload, rumah dhuafat yang telah dibina tak di – upload.

 Itulah level pemimpin Pas. Kebajikankah ? Islamkah ? atau Autakahkahkah, difahamkan pemimpin-pemimpin BN yang tewas di Kelantan pada PRU 13 lalu bersepakat menyerahkan segala tugas membantu rakyat kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat, mereka ingin berehat dan tidak mahu melihat pemimpin Pas bergelumang dengan dosa memakan gaji buta. Anda Mampu Mengubahnya.

Sebanyak RM5 Juta peruntukkan tahunan bagi DUN Panchor yang telah pun diagihkan. Adakah seorang Timbalan Menteri Besar Kelantan merupakan pembohong tegar, maklumat  diambil dari laman rasmi Facebook Dun Panchor, apabila Nik Amar mengumumkan peruntukkan sebanyak RM5 juta setahun telah diagihkan untuk DUN Panchor.

Dua persolan timbul, samada peruntukkan itu pembohongan semata-mata atau beliau telah seleweng peruntukkan berkenaan.

 Menurut beberapa komen pengguna akaun FB yang juga merupakan penduduk dikawasan berkenaan, ia hanyalah pembohongan.

Menerusi tinjauan ke laman Dun Panchor didapati hanya 14 aktiviti pemimpin bersama rakyat yaitu bermula pada Disember 2010 dan berakhir pada Disember 2011.

Maknanya sebelum 2010 tidur selepas 2011 pun tidur. Kalau macamnilah gayanya kebajikan sebanyak RM5 juta yang dibuat kepada rakyat,…. ni wakil rakyat ke hantu raya ?

 Untuk makluman, semua aktiviti pemimpin pasti ianya dirakamkan, bermain futsal pun dirakamkan, takkan kalau lebih pada itu tidak dirakam. Antara aktiviti yang dirakamkan seperti berikut:

16 Dec 2010 – Sumbangan Pelajar Cemerlang UPSR 2010

22 Dec 2010 – Perasmian Gelanggang Silat Sekebun
19 Feb 2011 – Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang PMR, PMRU & STAM 2010
19 Feb 2011 – Penyampaian Beras Al-It’aam
19 Mei 2011 – Sumbangan Pelajar Ke IPT & Pelbagai
21 Mei 2011 – Perasmian Penutup Kursus Asas Seni Beladiri
28 Jul 2011 – Sumbangan Pelbagai & Majlis Kesyukuran PASTI
25 Ogos 2011– Sumbangan Khas Aidil Fitri Cawangan Panchor
21 Okt 2011 – Ziarah & Sumbangan PURNAMA
22 Okt 2011 – Rumah Sumbangan Kerajaan
07 Nov 2011 – Korban Perdana 1432H
28 Nov 2011 – Penghargaan Guru Al-Quran
23 Dec 2011 – Futsal Mahabbah
25 Dec 2011 – Pesta Lumba Kuda Terbuka

azlan aini: Aku heran dengan ore panchor.. Sejak zaman berzaman lgi.. Aku pun umah panchor jgk.. Tapi aku tak nampak pula sumbangan besar Pas kepada penduduk.. Kilang yang ada kat Padang Tembak tuh dibuat pada zaman Umno perintahKelantan.. Begitu juga dengan Masjid Panchor.. Aku ingat lagi.. Tg Razaleigh yg dtg letak Batu Asas.. Sekitar Tahun 1980 kalau aku tak silap.. Sepanjang Ingatan aku tak.ada jasa besar Pas.. Kecuali memberi nama Jalan Pdg Tembak kepada Jalan Pak Nik Llah.. Ayah Nik Amar tuh..

Anonymous :
Rumah ke stor ni? Confiussss!

Anonymous :
KESIAN ORG KELATE KENA TIPU DGN ORG GELAR DIRINYA ULAMAK TAPI PERANGAI MACE ORE XPEGI SKOLOH.


Anonymous:
Aku buat stor belakang rumah 2 bilik luas skit dari tu cuma RM6500 terkorban termasuk upah tukang. Baru tahun lepas. Atap ecodex tebal. SEmua beam guna besi 4 hun 4 batang.

Jadi 123000-6500 =RM116500 bagi setiap rumah masuk poket ularmak mana? ~sumber

Cukup-cukuplah rakyat Kelantan dibohongi atas nama Islam. Buat pasar baru di Pasir Puteh pun kalut, buat rumah untuk rakyat misjkin pun kalut.

Memalukan ummat Islam kat orang yang bukan Islam kalau hanya beginilah kemampuan bantuan untuk rakyat yang mampu dilakukan oleh Pas.

Cuba bandingkan dengan rumah yang dibina oleh NGO Yayasan Darul Hijrah yang digerakan oleh Husam Musa untuk mangsa banjir air kuning di Kelantan dulu.

Satu daripada 12 rumah yang dibina oleh Yayasan Darul Hijrah

Rumah yang dibina oleh Impian Kelantan DAP

Projek Impian Kelantan mereka dianggap paling berjaya membangunkan semula sebuah kampung di Gua Musang selepas musnah atau rosak teruk akibat banjir mega pada 24 Disember tahun lalu.

Kampung Pasir Tumbuh, sebuah kampung di pedalaman yang terletak di Hulu Kelantan kini berjaya dibina semula melalui projek ini di mana DAP menyumbangkan kira-kira setengah juta ringgit daripada dananya.

Impian Kelantan DAP bergabung dengan seorang ahli perniagaan Kelantan dan sebuah anak syarikat kerajaan negeri sudah selesai membina 25 buah rumah baharu selepas rumah lama mereka musnah dan membaiki 35 buah untuk mangsa. ~ sumber



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons