December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Di saat para pemimpin Umno dan Pas bersepakat menggesa bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga menjelaskan maklumat yang diperolehinya berhubung dana yang disalurkan perdana menteri kepada Pas seperti didedahkan pengarang Sarawak Report dalam teks pembelaan dan tuntutan balasnya di Mahkamah Tinggi London, timbalan ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil pula meminta Datuk Seri Najib Razak menjawab pembelaan Clare Rewcastle-Brown dengan menjadi pencelah dalam saman presiden Pas.

Apa Nik Abduh telah buat, tanya Faiz Fadzil.

“Begitu mengejutkan meneliti pendedahan fakta oleh Clare Brown dalam Pembelaan dan Tuntutan Balas terhadap Saman yang dikemukakan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Mahkamah Tinggi London susulan suatu artikel yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin kanan Pas untuk menyokong Umno dan BN seperti disiarkan Sarawak Report sekitar Ogos 2016.Menurut Faiz, oleh kerana salahlaku jenayah Najib Razak didedahkan secara terperinci di dalam pembelaan Clare yang pasti telah mencemar nama baik negara, Najib seharusnya melantik peguam untuk memohon sebagai pencelah dalam saman presiden Pas itu bagi menjawab segala dakwaan Clare.

“Pembelaan Clare tersebut mendedahkan beberapa fakta yang terperinci berkaitan pembayaran jutaan ringgit kepada pemimpin kanan Pas oleh Perdana Menteri. Antaranya, sejumlah RM200 juta kepada bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa termasuk wang hasil penyelewengan 1MDB dan pemilikan aset-aset mewah hartanah dan kenderaan oleh 10 orang pemimpin kanan Pas yang lain.

“Clare mendakwa jumlah tersebut sebagai sogokan untuk Pas berpecah daripada Pakatan Rakyat. Dakwaan ini adalah serius dan seharusnya SPRM menjalankan siasatan segera kerana ia melibatkan jenayah rasuah dan penyelewengan dana awam di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan,” ujar Faiz dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, intipati substantif pembelaan Claire menjurus kepada pendedahan salahlaku jenayah korupsi dan salahguna kuasa oleh Najib Razak termasuk skandal 1MDB, urusniaga kapal selam Scorpene, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan pendakwaan politik kes sodomi Anwar Ibrahim bagi menunjukkan betapa korupnya Najib Razak.

Pas tambah beliau adalah antara ‘umpan’ Najib Razak bagi mengekalkan kuasa politik beliau dengan menyogok wang jutaan ringgit.

Perpecahan dalam parti Islam tersebut serta Pakatan Rakyat, ujar Faiz dilihat sebagai kejayaan permainan licik politik Najib Razak dan Umno.

Sehubungan itu beliau menyarankan Najib menjawab pembelaan Clare Rewcastle-Brown dengan menjadi pencelah dalam saman presiden Pas di Mahkamah Tinggi London bagi membersihkan imej beliau dan negara.

Menurut Faiz, pembelaan adalah dokumen mahkamah yang bersifat dokumen awam yang boleh diakses oleh mana-mana individu di seluruh dunia.

Sehubungan itu, tambahnya Najib seharusnya mengambil langkah berani mempertahankan nama baik dan maruah negara atas premis integriti dan akauntabiliti.

mdl

Picture



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons