December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini
menarik balik kenyataan yang dibuatnya pada 13 Vovember tahun lalu yang
mendakwa dirinya diserang ‘budak’ Ahli Parlimen Ampang, Zuraida
Kamaruddin.

Penarikan balik itu dibacakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim S Nantha Balan semasa proses mediatasi hari ini.

“Saya telah mengeluarkan kata-kata terhadap plaintiff (Zuraida) dalam keadaan marah, maka saya kesal, dengan kata-kata tersebut.

“Saya dengan ini ingin menarik kembali kata-kata yang saya hamburkan
ketika situasi tegang itu di Ampang Point Mall kepada YB Zuraida
Kamaruddin.

“Seterusnya, saya juga mengaku janji untuk tidak mengulangi sebarang kenyataan berkenaan,” katanya.

Hakim juga mencatat jumlah, yang tidak disebutkan, yang bakal dibayar
kepada Zuraida. Zuraida memfailkan saman fitnah terhadap Jamal pada 17
November tahun lalu.

Pada 13 November tahun lalu, Jamal berdarah pada hidungnya selepas
mendakwa dirinya diserang dan ditumbuk dalam satu kejadian di Ampang
Point.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama kumpulan Baju Merah mengekori
Zuraida yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat
beli-belah itu.

Mereka kemudiannnya bergelut dan Jamal menyalahkan anggota polis
kerana didakwa menumbuknya. Beliau kedengaran seperti berkata “polis
tumbuk saya”.

Walau bagaimanapun, Jamal pada sidang akhbar kemudian dilaporkan
berkata seorang daripada “budak Zuraida” telah memukulnya dan beliau
yang jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu akan
bertindak balas.

LIHAT VIDEO DI SINI

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons