December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Sidang DUN Penang hari ni bersidang separuh hari sahaja, dan telah ditangguhkan ke Rabu 8hb November 2017, jam 9.30pagi.

Dua usul tergempar berkenaan banjir, telah di bawa dan dibahaskan:

Antara isu yang dibahas dan dibangkitkan oleh ADUN Telok Pulau Betong, Telok Bahang, Sri Delima, Sungai Acheh, Macang Bubuk, Pmtg Pasir, Pulau Tikus, Tanjung Bungah, Berapit, Komtar, Padang Lalang, Bukit Tengah, Bagan Jermal, Bayan Lepas, Kebun Bunga dan Sungai Pinang:

1. Merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang telah bertindak dari segi operasi membantu dan menyelamat.

2. Kerajaan negeri tidak bersedia dan tidak menyediakan diri untuk hadapi bencana terburuk dalam sejarah P.Pinang.

3. Kerajaan negeri P.Pinang perlu bangunkan sistem amaran awal banjir, supaya rakyat boleh membuat persediaan awal.

4. Pengurusan banjir yang lemah dari segi perpindahan, keperluan dan tempat perlindungan perlu diperkemaskan untuk membela mangsa banjir.

5. Sistem penyampaian maklumat kerajaan negeri yang lemah dan lambat. Ramai yang tersangkut di jalanraya akibat tidak tahu jalan yang telah ditutup. ADUN Sungai Pinang sebak dan mengalirkan air mata kerana tersangkut dalam kesesakan jalan.

6. Bantuan kepada penduduk terjejas lambat diberikan dan disediakan oleh kerajaan negeri dan agensi kerajaan yang lain.

Semua ADUN yang hadir menyokong usul tersebut sebulat suara.

Usul tergempar kedua yang tidak dibahaskan:

1. ADUN Pulau Betong YB Datuk Farid telah mengusulkan supaya MMK P.Pinang meluluskan wang ehsan sebanyak RM2000 dan bayaran setimpal dengan kerugian harta benda yang alami oleh setiap keluarga mangsa banjir.

Makluman dari Exco Kerjaraya, Utiliti & Pengangkutan Negeri: YB Lim Hock Seng:

1. Banjir terburuk dalam sejarah P.Pinang.
2. Sebanyak 113 kes tanah runtuh telah berlaku dan dilaporkan dalam dua hari di seluruh negeri P.Pinang
3. 53 kes pokok telah tumbang.
4. Pencawang elektrik yang terjejas sedang dalam pembaikkan oleh TNB.
5. Paip bocor, rosak dan pecah juga sedang diperbaiki oleh PBAPP.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons