December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Ada Lebai Pandir kata Allah timpakan banjir di Penang disebabkan Octoberfest..

 Baguih punya pandir! Kita tunggu Selangor banjir sebab ada kilang Carlsberg dan Anchor Beer….  Pahang banjir sebab ada Kasino, pusat judi di Genting?

 Tang Kelantan banjir Lebai Pandir kata sebab Tuhan nak bersihkan semula negeri Serambi Mekah Kelantan sebelum terlaksananya hukum Hudud di negeri itu menjelang tahun 2015.

Peristiwa macam banjir besar melanda kota Mekah? Ha! Ha! Ha!


Mekah dahulunya tempat himpunan patung-patung berhala…Kemudiannya Allah SWT datangkan banjir besar di Mekah untuk menyucikan kembali kota Mekah dari daripada perkara-perkara kufur…. Kah! Kah! Kah!

 Bila Lim Guan Eng kata banjir besar yg berlaku di Kelantan pada hujung tahun 2014 itu adalah disebabkan kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri Kelantan, maka Lebai Pandir marah-marah dan la ni cuba nak samakan banjir Pulau Pinang sekarang ini disebabkan kelemahan pengurusan kerajaan DAP! 

 Malah mereka mencemuh  dan mengejek dengan sinis kerana LGE minta bantuan dari Kerajaan Pusat!

 Sebenarnya Ketua Menteri Pulau Pinang telah melaksanakan amanah yang ada padanya dengan penuh rasa tanggung jawab.

 1) Bila musibah banjir melanda penang, LGE telah sedia berada di luar meninjau keadaan banjir dan hubungi TPM Zahid Hamidi jam 3.30 pagi minta bantuan… Tidak seperti MB Kelantan…

 2) LGE telah minta bantuan RM847 juta untuk projek penebatan banjir dari Kerajaan Pusat sejak Nov 2016, tapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya. 

 Walaupun kerajaan Pulau Pinang menyumbang kira-kira RM6.5 bilion hingga RM7.5 bilion dalam bentuk cukai dan duti eksais ke Putrajaya, Kerajaan Pusat hanya meluluskan RM150 juta, yakni 15 peratus daripada jumlah RM997 juta yang dipohon melalui permohonan yang dibuat bagi Bajet 2017.~ sumber

Apabila LGE berkata banjir besar yg berlaku di Kelantan pada hujung tahun 2014 itu adalah disebabkan kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri Kelantan  memang ada asasnya : 

 1) Kerajaan Kelantan tidak Ambil Peduli Amaran Pakar Alam Sekitar

Pada tahun 2010, satu team pakar alam sekitar daripada luar negara, daripada Amerika, telah memberi laporan kepada Pejabat Menteri Besar Kelantan, yang mengesahkan dan confirm dgn yakin, bahawa banjir yang dahsyat akan berlaku pada 2014 – mengikut perkiraan jumlah hujan yg turun, mengikut tarahan tanah, mengikut hakisan, apa yang berlaku dalam 4 tahun.

 Banjir besar itu dijangka akan berlaku akibat daripada hakisan tanah.Laporan penuh telah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar Kelantan pada waktu itu, tetapi langsung tidak dilayan.

 Dan mereka memberi alasan ini adalah satu drama ciptaan Kerajaan Pusat, untuk memalukan Kerajaan PAS Kelantan.

 2) Kerajaan PAS meneruskan pencabulan ke atas tanah-tanah hutan simpan  dan balak diusung keluar atas nama Lebai tertentu yang kemudiannya kapitalis-kapitalis cina yang bersenang-lenang di negeri Kelantan atas perlindungan Lebai. Dapat makan komisyen senang hati goyang teloq!

 Akhirnya, laporan yang diberi pada 2010 telah menjadi kenyataan.

Balak  hanyut bergelimpangan atas jalan raya

Bukan sahaja rumah-rumah musnah dan hanyut, malah batang-batang balak pun hanyut bergelimpangan atas jalan raya dan ada yang duk tecongok di depan pintu rumah!

Bala turun membawa balak depan pintu rumah..

 Terbukti antara penyebab banjir besar 2014 di Kelantan adalah pembalakan yang berleluasa.

 Kegiatan pembalakan di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, kawasan tanah tinggi Lebir, Galas dan kawasan bersempadan dengan Pahang dan Terengganu di Kelantan dikatakan faktor utama banjir besar 2014 berlaku di negeri itu.

 2) Kerajaan Pas Kelantan Lebih Menumpukan isu Hudud. Ketika rakyat Kelantan bermati-matian bergelut dengan tragedi banjir besar, Pas Kelantan pula bermati-matian mahu melaksanakan hudud!

 Kerajaan Pas Kelantan memberikan lebih tumpuan untuk membawa usul persendirian berkaitan hudud ke Parlimen.

 a) Menteri Besar Ahmad Yakob mahukan Hudud terlaksana di Kelantan menjelang 2015…

 b) Nik Abduh buat kenyataan merapu : Allah nak bersihkan negeri Kelantan sebelum Hudud dilaksanakan…

 Cerita sebab Allah nak menyucikan bumi Kelantan semata-mata kerana akan terlaksana hukum Hudud pada 2015 adalah karut.

Ternyata akhirnya, Hudud yang nak dibentangkan Hj Hadi itu sudah bertukar jadi kepada Pindaan Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah 1965.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons