January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad akan hadir dalam satu majlis bersama perantau anjuran PH Kelantan awal Disember ini.

Pengerusi Jentera Pilihanraya PH negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata tujuan majlis ini adalah untuk mempernalkan barisan pimpinan PH Kelantan yang telah selesai dibentuk.

“Program ini dirancang dalam bentuk ‘hard talk’ yang disertai Datuk Husam Musa dan Tun Dr. Mahathir sendiri.

“Pada majlis itu nanti pihak kita (PH) akan mengemukakan program-program yang dirancang dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.

“Pihak kita juga akan mengemukakan tawaran-tawaran yang akan dilaksanakan bila dipilih mentadbir Kelantan nanti,” katanya.

Beliau ditemui selepas mesyuarat jentera pilihan raya PH negeri berkata, beliau bersyukur kerana pembentukan jentera telah dapat dibentuk dengan sempurna.

“Hari ini, saya, Datuk Sazmi Miah dan Saudara Khir Zahari Ghani sebagai setiausaha telah menyelesaikan perlantikan portfolio utama yang sebahagian telah bersama dan sebahagian lagi akan dijemput dalam mesyuarat berikutnya.

“Apa yang menarik inilah kami pertama sebuah jentera yang melibatkan semua parti di luar kerajaan berjaya dibentuk,” katanya.

Mulai sekarang menurut beliau, semua pergerakan berkaitan pilihan raya tidak lagi berjalan berasingan mengikut parti masing-masing.

“Kita telah memutuskan semua peringkat dari Negeri, Parlimen, Dun dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) kita bergerak atas satu jentera.

“Bilik operasi semua peringkat juga hanya satu akan diadakan bagi semua parti dalam PH.

“Dan paling penting setiap kawasan pilihan raya kita akan ada hanya satu calon iaitu calon PH,” katanya.

Menurutnya butiran lengkap program itu termasuk tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

mdl

Picture



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons