December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir besar di Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Bantuan tersebut merangkumi diskaun 20 peratus bagi alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk menentukan kerosakan yang dialami kenderaan Perodua semasa banjir, kata pengeluar kereta nasional kedua itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Perodua, alat-alat ganti tersebut termasuklah semua barang elektronik, karpet, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan gasket enjin.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, perkhidmatan tokokan nilai itu akan membantu meringankan bebanan pelanggan Perodua yang terjejas akibat bencana tersebut.

“Oleh kerana beberapa pusat servis kami di Pulau Pinang terjejas akibat banjir, para pelanggan boleh merujuk kepada cawangan servis kami di Juru, Prai dan Kulim untuk bantuan.

“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyambung kembali operasi di kawasan yang terlibat secepat mungkin,” kata Zahari.

Pelanggan Perodua yang terjejas dengan banjir boleh membuat panggilan ke talian pelanggan bebas tol 1-800-88-5555 bagi bantuan penundaan. Mereka juga boleh menghubungi nombor tersebut untuk mengetahui status penghantaran kereta mereka. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons