January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


POPULASI rakyat Malaysia bagi tahun 2017 yang terkini dilaporkan oleh Jabatan Statistik mencecah 32.2 juta bagi suku ketiga (Q3) dari Julai hingga September tahun ini.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan statistik demografi untuk suku ketiga tahun ini, populasi penduduk Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 1.3 peratus berbanding suku ketiga tahun 2016 iaitu sebanyak 31.7 juta.

“Dari laporan, 129,500 kelahiran hidup telah dilaporkan Pada suku ketiga tahun ini, penurunan sebanyak 0.3 peratus jika dibandingkan pada jumlah 129, 900 suku ketiga tahun 2016.

“Secara purata, jumlah kelahiran hidup pada suku ketiga tahun ini adalah seramai 43,200 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan berkenaan statistik demografi 2017 yang diterbitkan hari ini.

Katanya lagi, sejumlah 40,700 kematian telah dilaporkan dalam suku ketiga tahun ini dibandingkan seramai 40,700 dilaporkan dalam suku ketiga tahun lepas.

“Secara purata jumlah kematian dalam suku ketiga tahun ini adalah seramai 13,600 sebulan,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons