December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memperjelaskan dakwaan sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya kod E dikaitkan dengan kandungan lemak babi sepertimana yang tular di media sosial.

Versi Terkini. Tular: November 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Mei 2014

Sumber gambar: Facebook

JAKIM ingin memaklumkan kepada masyarakat berhubung maklumat yang telah disebarkan secara meluas khasnya melalui media sosial berhubung kod E yang dikaitkan mempunyai lemak babi.

Untuk makluman, KOD E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan ianya selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah.

Menurut JAKIM, tidak semua nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan dari sumber yang haram. Sehubungan itu, sekiranya sesuatu produk merupakan produk tempatan dan mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia, maka ia boleh digunakan tanpa was-was sekalipun mempunyai kod E-kod. Tetapi sekiranya produk tersebut bukan produk tempatan serta tidak mendapat sijil pengesahan halal Malaysia walaupun menggunakan e-kod yang sama, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk tersebut.

SUMBER:



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons